Wednesday, October 3, 2012

HUKUM QASIDAH BURDAH: FATWA LAJNAH DAIMAH ARAB SAUDI


SOALAN:

ما حكم الكتاب المسمى بـ[البردة المديح] التي تستعمل في الدعاء في وطننا، وهل هذا الكتاب إذا قرأته تثاب أم لا، وهل قراءة هذا الكتاب تصل إلى النبي صلى الله عليه وسلم كما يقول بعض الناس أم لا؟

Maksudnya: "Apakah hukum Kitab yang dinamakan seagai al-Burdah al-Madih (Qasidah Burdah) yang digunakan sebagai doa di negera kami, adakah kitab ini jika aku membacanya mendapat pahala atau tidak? Adakah membaca kitab ini (pahalanya) akan sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam seperti yang dikatakan sebahagian manusia atau tidak?"

JAWAPAN:

أكثر من قراءة القرآن الكريم ومن ذكر الله بما ثبت من الأذكار عن النبي صلى الله عليه وسلم، واستغن بذلك عن قراءة البردة ونحوها، فإن التعبد بقراءتها وقراءة أمثالها بدعة محدثة،

Maksudnya: "Banyakkan membaca al-Quran al-Karim dan Zikrullah dengan apa yang tsabit daripada zikir-zikir daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan cukuplah dengan perkara itu daripada membaca Burdah dan seumapamanya kerana berta'abbud dengan membacanya (Burdah) dan seumapamanya adalah Bid'ah yang diada-adakan"

وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد» وفي رواية «من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد»

Maksudnya: "dan telah tsabit daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: "Barangsiapa yang merekacipta dalam agama kami ini apa yang tidak berasal daripadanya maka ia tertolak" dan dalam riwayat yang lain: "barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan berasal daripada agama kami maka ia tertolak". [HR al-Bukhari & Muslim]

وعلى هذا فلا ثواب في قراءتها، بل في بعض أبياتها شرك أكبر مثل

Maksudnya: "oleh itu tidak ada pahala pada membacanya bahkan dalam sebahagian baitnya mengandungi Syirik Akbar seperti:

 يا أكرم الخلق ما لي من ألوذ به ... سواك عند نزول الحادث العمم

Maksudnya: "Wahai makhluk yang paling mulia siapakah lagi tempat aku berlindung selain dari kamu ketika berlakunya bala bencana".
إلى أن قال:
إن لم تكن في معادي آخذا بيدي ... فضلا وإلا فقل يا زلة القدم
فإن من جودك الدنيا وضرتها ... ومن علومك علم اللوح والقلم.

Maksudnya: "Sehingga katanya:

"Jika tiada engkau di akhirat nanti membantu aku maka katakanlah: sungguh aku telah kecelakaan"
Sesungguhnya termasuk kemurahan engkau adalah Dunia dan madunya (Akhirat) dan daripada Ilmu kamu adalah Ilmu Lauh dan Qalam".

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi:

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Timb. Ketua: Abdul Razzaq Afifi
Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Abdullah bin Qu'ud

FATWA NO. 5782

Tuesday, October 2, 2012

MATI DALAM KEADAAN SYIRIK NAMUN JAHIL IANYA SYIRIK: FATWA IBN BAZ RH.


SOALAN:
ما حكم من مات على الشرك وهو لا يعلم أنه من الشرك؟
Maksudnya: "Apakah hukum orang yang mati dalam keadaan syirik sedangkan dia tidak bahawa perbuatannya itu syirik?"

JAWAPAN:

من مات على الشرك فهو على خطر عظيم لقول الله سبحانه: {وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Maksudnya: "Barangsiapa yang mati di atas Syirik maka dia berada dalam bahaya yang besar kerana firman ALLAH subhanah (maksudnya): "dan jikalau mereka melakukan Syirik akan gugurlah daripada mereka segala apa yang mereka kerjakan (daripada amalan soleh)". [al-An'am: 88]

وقال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ}

Maksudnya: "Dan firman ALLAH Ta'ala: "Tidak patut bagi kaum Musyrikin itu untuk mengimarahkan Masjid-masjid ALLAH sedangkan mereka menyaksikan diri mereka berada atas kekufuran mereka itulah orang-orang yang terhapus amalan mereka dan kekal di dalam neraka". [al-Taubah: 17].

وقال تعالى: {وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Maksudnya: "dan Firman ALLAH Ta'ala: "dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan." [al-Furqan: 23].
وقال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}

Maksudnya: "dan firmanNya subhanah: "Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa Syirik terhadapNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki". [al-Nisaa: 48]

فهذا وعيدهم ومصيرهم كسائر الكفرة الكفر الأكبر، وحكمهم في الدنيا أنهم لا يغسلون ولا يصلى عليهم ولا يدفنون في مقابر المسلمين
Maksudnya: "Maka ini adalah ancaman terhadap mereka dan tempat kembali mereka adalah seperti kaum kafir yang lain yang melakukan Kufur Akbar, sedangkan hukum mereka di dunia bahawa mereka tidak dimandikan, tidak disolatkan, tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin".

أما إن كان أحد منهم لم تبلغه الدعوة- أعني القرآن والسنة- فهذا أمره إلى الله سبحانه يوم القيامة كسائر أهل الفترة، والأرجح عند أهل العلم في ذلك في حكمهم أنهم يمتحنون يوم القيامة، فمن أجاب دخل الجنة ومن عصى دخل النار.

Maksudnya: "Adapun jika ada antara mereka itu tidak sampai kepadanya Dakwah yakni tidak sampai kepadanya al-Quran dan al-Sunnah maka urusannya diserahkan kepada ALLAH subhanah pada hari kiamat seperti Ahli Fatrah yang lain, dan yang terkuat di sisi Ahli Ilmu bahawa hukum mereka bahawa mereka itu akan diuji pada hari kiamat, barangsiapa yang menyahut ujian itu akan masuk ke syurga sedangkan sesiapa yang ingkar akan masuk neraka".

وقد بسط الكلام في ذلك العلامة ابن القيم رحمه الله في آخر كتابه " في طريق الهجرتين ". حيث قال: " (المذهب الثامن) أنهم يمتحنون في عرصات القيامة ويرسل إليهم هناك رسول الله وإلى كل من لم تبلغه الدعوه فمن أطاع الرسول دخل الجنة ومن عصاه أدخله النار، وعلى هذا فيكون بعضهم في الجنة وبعضهم في النار، وبهذا يتألف شمل الأدلة كلها ".

Maksudnya: "dan al-'Allamah Ibn al-Qayyim r.h telah membahaskan secara panjang lebar berkenaannya di akhir kitab beliau "Tariq al-Hijratain" di mana kata beliau: "Mazhab yang ke-8: bahawa mereka itu diuji di hari kiamat dan diutuskan di sana kepada mereka Rasulullah dan kepada semua yang tidak sampai kepadanya dakwah maka barangsiapa yang mentaati Rasul akan masuk ke syurga adapun yang ingkar akan dimasukkan ke neraka, maka atas pendapat ini sebahagian mereka (Ahli Fatrah) akan masuk ke syurga dan sebahagian yang lain masuk ke neraka, dengan ini terhimpunlah semua dalil".

أما إن كان أحد منهم عنده جهل فيما وقع فيه من الشرك فأمره إلى الله جل وعلا، والحكم على الظاهر، فمن كان ظاهره الشرك حكمه حكم المشركين وأمره إلى الله جل وعلا الذي يعلم كل شيء سبحانه وتعالى.

Maksudnya: "Adapun jika seseorang daripada mereka itu terdapat padanya kejahilan dalam apa yang dia terjebak melakukannya daripada Syirik maka urusannya diserahkan kepada ALLAH jalla wa 'ala, namun hukum (di dunia) berdasarkan zahir, maka barangsiapa yang zahirnya Syirik maka hukumnya hukum Musyrikin sedangkan urusannya (di akhirat) diserahkan kepada ALLAH jalla wa 'ala yang mengetahui semua perkara subhanahu wa ta'ala".

FATWA SAMAHAH AL-SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ, MANTAN MUFTI 'AM KERAJAAN ARAB SAUDI, jil 9, hal. 40 & 41

HUKUM AJARAN TASAWWUF: FATWA LAJNAH TETAP UNTUK KAJIAN ILMIAH & FATWA ARAB SAUDI


التصوف نحلة مبتدعة في الإسلام، وكل بدعة ضلالة، وقد يؤول بأصحابه إلى الشرك والكفر بالله إذا وصل إلى الغلو في المشائخ وأنهم ينفعون أو يضرون من دون الله، أو الاستعانة بالأموات والذبح لهم، أو اعتقاد أن أصحاب الطرق الصوفية يتلقون دينهم من الله مباشرة، فلا حاجة بهم إلى اتباع الرسول صلى الله عليه وسلم، ويشرعون لأتباعهم عبادات وأذكارا ما أنزل الله بها من سلطان

Maksudnya: "Tasawwuf adalah satu ajaran yang bid'ah dalam Islam dan setiap perkara bid'ah itu menyesatkan dan boleh jadi membawa pengikutnya kepada Syirik dan Kufur terhadap ALLAH jika sampai kepada tahap Ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap para Syeikh dan beri'tiqad bahawa mereka itu memberi manfaat dan mudarat selain ALLAH atau memohon bantuan kepada orang mati dan menyembelih kerana mereka atau beriktiqad bahawa orang-orang tariqat Sufi itu menerima agama mereka daripada ALLAH secara langsung tidak berhajat kepada mengikut Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam dan mereka (ketua-ketua tariqat) itu mensyariatkan kepada pengikut-pengikut mereka ibadat-ibadat dan zikir-zikir yang tidak diturunkan ALLAH padanya dalil".

وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: «من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد»

Maksudnya: "sedangkan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada asal pada agama kami maka ia tertolak" [HR Muslim dan Ahmad].

فلا تجوز مصاحبة الصوفية ولا حضور مجالسهم، ولا يجوز إكرامهم وتشجيعهم، بل يجب الإنكار عليهم ومنعهم من مزاولة أعمالهم الصوفية ونشرها بين الناس، ويجب هجرهم والتحذير منهم.

Maksudnya: "Maka TIDAK BOLEH bersahabat dengan kaum Sufi dan Tidak Boleh menghadiri majlis-majlis mereka dan TIDAK boleh memuliakan mereka dan menggalakkan mereka bahkan WAJIB Ingkar atas mereka dan menghalang mereka daripada amalan-amalan kesufian mereka dan menghalang daripada mereka menyebarkannya kepada manusia dan Wajib memulaukan mereka dan memberi amaran akan bahaya mereka".

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Timb. Ketua: Abdul Aziz Al Syaikh
Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Soleh al-Fauzan, Bakr Abu Zaid

FATWA NO.20235

Tuesday, May 10, 2011

JAKIM USAHA HAPUSKAN TARIQAT SUFI

PUTRAJAYA: Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.


Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.


“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini.


“Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.


Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.


“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.


Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.


"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

Tuesday, November 16, 2010

HUKUM MEMINTA DOA KEPADA ORANG MATI DAN YANG GHAIB

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI AL-MADANI

Takrif Doa:

Doa bermaksud memohon dan meminta.

Kedudukan Doa di sisi Syariat Islam:

Doa adalah ibadah sebagai mana sabda Nabi s.a.w:

الدعاء هو العبادة

Maksudnya: “Doa adalah Ibadah”. [Ashabus Sunan-sahih-].

Allah Ta’ala telah menamakan doa sebagai ibadah dalam firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadat (berdoa) kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” [Ghafir: 40].

Maka apabila telah diketahui doa itu adalah ibadah, maka tertentulah ianya semata-mata untuk Allah kerana firman Allah Ta’ala:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

Maksudnya: “dan sembahlah (beribadatlah) kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun (dalam ibadah kepada-Nya)...” [al-Nisaa: 36].

Bahagian Doa dan Jenis-jenisnya:

Doa terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Doa Ibadah iaitulah semua bentuk ketaatan kepada Allah Ta’ala; solat, puasa, zakat, puasa, haji, sujud, rukuk, taubat, al-khauf (takut), al-Hubb (cinta), al-Inabah, al-khusyu’, al-khudu’, dan lain-lain lagi. (secara ringkasnya doa ibadah adalah semua ibadah).

Kedua: Doa Masalah iaitulah: “Meminta apa yang membawa manfaat kepada si peminta atau menolak kemudaratan daripadanya”. [Taisir al-Aziz al-Hamid, 176].

Antara jenis utama Doa Masalah adalah:

Pertama: al-Isti’azah iaitulah memohon perlindungan daripada sesuatu yang menakutkan.

Kedua: al-Istighasah iaitulah memohon pertolongan ketika berada dalam keadaan yang mendesak.

Ketiga: Al-Isti’anah iaitulah memohon pertolongan.

Demikian juga termasuk dalam doa masalah semua jenis permohonan kebaikan seperti memohon rezeki, anak, hujan, dan permohonan menolak sebarang bala.

Hubungan Antara Doa Masalah dan Doa Ibadah:

Kedua-dua bahagian doa ini adalah ibadah kepada Allah Ta’ala dan tidak boleh diubah kepada selain-Nya.

Doa Ibadah melazimkan doa masalah dan doa masalah mengandungi padanya doa ibadah. Maka tidak ada beza antara orang yang sujud kepada berhala dengan orang yang meminta rezeki kepada berhala kerana kedua-dua amalan ini adalah syirik.

Kedudukan doa ibadah jika diubah kepada makhluk menjadi syirik adalah amat jelas, namun yang menjadi kesilapan kebanyakan manusia adalah meminta doa masalah kepada makhluk. Ini banyak terjadi dalam kalangan kaum musyrikin Mekah dahulu dan musyrikin zaman kita ini sama ada yang bergelar muslim atau pun tidak.


Wajib Mentauhidkan Allah dalam Doa Masalah:

Setiap perkara yang hanya mampu diberi oleh Allah Ta’ala maka wajib mentauhidkan permohonan kepada-Nya, jika seseorang meminta kepada makhluk sesuatu yang diluar kemampuan makhluk pada adatnya maka dia telah melakukan syirik.

Misalnya: meminta syurga kepada makhluk, meminta diselamatkan daripada nereka daripada wali atau nabi, meminta diampunkan dosa kepada makhluk seperti amalan kaum Krsitian, mengharapkan rezeki daripada selain Allah ta’ala dan seumpamanya.

Dalil-dalil berkenaan perkara ini adalah:

Firman Allah Ta’ala:

وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: dan sesiapa yang menyeru Tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. [al-Mukminun: 117].

Maka Allah menamakan mereka yang menyeru selain-Nya sebagai orang-orang yang kafir.

Firman Allah Ta’ala:

وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ

Maksudnya: “dan mintalah kepada Allah daripada kelebihan-kelebihanNya...”.[al-Nisaa: 32]

Firman Allah Ta’ala:

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ

Maksudnya: “dan janganlah kamu menyeru bersama Allah sembahan selain-Nya, tiada semabahan yang berhak disembah selain Dia...” [al-Qasas: 88].

Firman Allah ta’ala:

إِنَّمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا وَتَخْلُقُونَ إِفْكًا إِنَّ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقًا فَابْتَغُوا عِنْدَ اللَّهِ الرِّزْقَ وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan Sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.” [al-‘Ankabut: 17].

Firman Allah Ta’ala:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

Maksudnya: dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.” [al-Zumar: 8].

Dalam ayat di atas ini, Allah mencela perbuatan kaum musyrikin Mekah yang berdoa kepada Allah secara ikhlas dan tidak syirik kepadaNya dalam doa masalah apabila ditimpa kecelakaan dan bala bencana, namun apabila mereka diberi kesenangan mereka syirik kepada Allah dengan menyembah berhala dan berdoa kepada berhala itu pula.

Firman Allah Taala dalam hadis qudsi:

يَا عِبَادِى إِنِّى حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِى وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِى أُطْعِمْكُمْ يَا عِبَادِى كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاَّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسُكُمْ يَا عِبَادِى إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْ لَكُمْ

Maksudnya: “wahai para hamba-Ku sesungguhnya Aku telah mengharamkan zalim ke atas diri-Ku dan Aku jadikannya haram antara kamu maka janganlah kamu berbuat zalim antara satu sama lain, wahai para hamba-Ku, kamu semua sesat kecuali yang Aku beri petunjuk maka mintalah hidayah daripada-Ku maka Aku akan beri kamu petunjuk, wahai para hamba-Ku, semua kamu lapar kecuali yang Aku beri makan maka mohonlah makanan daripadaKu maka Aku akan beri dia makanan, wahai para hamab-Ku, semua kamu bogel kecuali yang Aku beri pakaian maka mintalah pakaian daripadaKu maka aku akan pakaikan dia pakaian, wahai para hamba-Ku, semua kamu bersalah (berdosa) pada malam dan siang sedangkan Aku Maha Mengampunkan dosa semuanya maka mintalah ampun kepada Aku maka Aku ampunkan...” [Muslim].

Sabda Nabi s.a.w:

إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله

Maksudnya: “Jika kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu meminta tolong mintalah tolong daripada Allah” [al-Tarmizi, sahih].

Ini semua adalah dalil yang jelas dan khusus menunjukkan wajibnya mentauhidkan Allah dalam doa sama ada doa masalah mahupun doa ibadah. Dalil tonggak atas semua ini adalah firman Allah Ta’ala:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

Maksudnya: “dan sembahlah (beribadatlah) kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun (dalam ibadah kepada-Nya)...” [al-Nisaa: 36].

Telah tsabit sebagaimana yang dinyatakan pada permulaan artikel ini bahawa Nabi s.a.w menyatakan: “Doa itu adalah ibadah”, maka semua jenis ibadah tidak boleh diubah kepada selain Allah Ta’ala.

Hukum Doa kepada Selain Allah Ta’ala:

Hukum berdoa kepada selain Allah Ta’ala adalah Syirik Akbar yakni syirik yang menyebabkan pelakunya terkeluar daripada Islam, nauzubillah min zalik.

Perbuatan berdoa kepada selain Allah adalah ‘ain syirik kaum musyrikin terdahulu di mana mereka meminta kepada berhala-berhala mereka, para Nabi, Malaikat, dan Jin untuk menunaikan hajat mereka yang hanya boleh ditunaikan oleh Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman:

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Dia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa yang mereka sekutukan." [Yunus: 18]

Firman Allah Ta’ala:

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Maksudnya: Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala Ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). [al-Zumar: 3].

Kaum musyrikin Mekah tidak menyembah berhala dengan iktiqad bahawa berhala-berhala mereka atau malaikat atau nabi atau orang soleh yang mereka sembah itu mempunyai kuasa mudarat dan manfaat tetapi kerana: supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, dan kerana: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah".

Adapun bila ditanya kepada mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi dan pemilik segala isi ‘alam ini maka mereka berkata: Allah:

قُلْ لِمَنِ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (84) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (85) قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (86) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ (87) قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (88) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ (89)

Maksudnya: Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"

mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"

Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy yang besar?"

mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"

Tanyakanlah lagi: siapakah yang memegang Kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"

mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, Bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?" [al-Mukminun: 84-89].

Kata Imam Ibn Katsir r.h berkenaan ayat ini:

يقرر تعالى وحدانيته، واستقلاله بالخلق والتصرف والملك، ليرشد إلى أنه الذي لا إله إلا هو، ولا تنبغي العبادة إلا له وحده لا شريك له؛ ولهذا قال لرسوله محمد صلى الله عليه وسلم أن يقول للمشركين العابدين معه غيره، المعترفين له بالربوبية، وأنه لا شريك له فيها، ومع هذا فقد أشركوا معه في الإلهية، فعبدوا غيره معه، مع اعترافهم أن الذين عبدوهم لا يخلقون شيئًا، ولا يملكون شيئًا، ولا يستبدّون بشيء، بل اعتقدوا أنهم يقربونهم إليه زلفى

Maksudnya: “Allah Ta’ala mentaqrirkan (menegaskan) keesaan-Nya dan bersendirian-Nya dalam penciptaan dan pentadbiran dan pemerintahan/pemilikan untuk menunjukkan bahawa Dia lah yang tiada sembahan yang berhak disembah selain Dia, dan tidak patut ibadat melainkan kepada Dia sahaja tanpa sekutu bagiNya; oleh itu Dia berkata kepada utusan-Nya Muhammad s.a.w supaya dia berkata kepada kaum musyrikin yang menyembah bersamaNya selainNya, yang mana mereka itu mengakui keesaanNya dalam Rububiyah dan tiada sekutu bagiNya padanya (Rububiah) namun mereka mensyirikkanNya dalam Ilahiah maka mereka menyembah selainNya bersama dengan-Nya dalam keadaan mereka mengaku bahawa apa yang mereka sembah itu tidak mencipta sesuatu, tidak memiliki sesuatu, tidak menguasai sesuatu, bahkan mereka beriktiqad semabahan-sembahan mereka itu medekatkan mereka kepadaNya (Allah) sedekat-dekatnya”. [Tafsir al-Qur’an al-Azim, 5/489].

Maka mereka yang berdoa dan memohon sesuatu kepada makhluk sedangkan perkara itu hanya mampu diberi oleh Allah sahaja walaupun mereka beriktiqad kuasa manfaat dan mudarat berada di tangan Allah, mereka ini telah pun terjebak ke dalam syirik akbar iaitulah agama Abu Lahab dan Abu Jahal, nauzubillah min zalik.

Hukum Meminta Bantuan Makhluk:

Harus meminta bantuan makhluk dalam perkara yang memang berada dalam kuasa mereka selama mana hati beriktimad (bersandar) kepada Allah Ta’ala.

Misalnya, jika ada binatang buas maka harus kita meminta bantuan mereka yang ahli dan ada senjata untuk membunuhnya, jika kita diserang musuh maka harus kita meminta tolong orang yang hadir dan mampu untuk membantu kita melawannya.

Dalil perkara ini adalah firman Allah:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ

Maksudnya: “dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati...".[al-Qasas: 15].

Kata Syeikh al-Qar’awi –rahimahullah-:

أن الآية تفيد جواز الاستغاثة بالمخلوق فيما يقدر عليه

Maksudnya: “bahawa ayat ini memberi faedah: harus meminta bantuan kepada makhluk dalam perkara yang mereka mampu lakukannya”. [al-Jadid fi Syarhi Kitab al-Tauhid].

Adapun orang yang telah mati, mereka tidak mampu melakukan apa-apa jua sekalipun sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

Maksudnya: dan (engkau Wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya). [Fatir: 22].

Sabda Nabi s.a.w:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Jika telah mati seorang manusia, terputuslah daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakannya”. [Muslim].

Demikian juga Allah mencela mereka yang menyeru Jin dengan firmanNya menceritakan perkataan Jin yang beriman berkenaan keadaan mereka semasa Jahiliah:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. [al-Jinn: 6].

Difahami daripada ayat ini, perbuatan menyeru Jin adalah syirik dan kufur kepada Allah Ta’ala kerana warid tafsiran daripada salaf makna kalimah: ‘rahaqa’ adalah kufur dan kata Imam al-Qurtubi r.h:

“Tidak tersembunyi lagi bahawa meminta perlindungan dengan jin yakni meminta perlindungan kepada selain Allah adalah syirik dan kufur”. [Tafsir al-Qurtubi,19/10].

Allah Ta’ala telah menafikan segala sembahan-sembahan kaum musyrikin Mekah memiliki apa-apa keupayaan untuk memberi apa yang mereka minta kepadanya daripada menunaikan hajat, memberi rezeki, menolak mudarat, dan membawa manfaat. Firman Allah:

ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ (13) إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ (14) يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ (15)

Maksudnya: yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah Kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah - yang lain dari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma. kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa Yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah yang Maha mendalam pengetahuanNya. (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Fatir: 13-15].

Allah Ta’ala menafikan sembahan-semabahan kaum musyrikin ini memiliki selaput biji kurma sekalipun dan menyatakan, segala sembahan kaum musyrikin ini sama ada Wali, Nabi, Malaikat, Jin, Berhala, dan lainnya pada hari kiamat akan berlepas diri daripada perbuatan syirik kaum musyrikin ini.

Bahkan Iblis –Laknatullahi ‘alaih- sendiri akan berlepas diri daripada pengikut-pengikutnya sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan apa yang kamu sekutukan daku dengannya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [Ibrahim: 22].

Adapun dakwaan mereka yang menyembah Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa meminta Syafaat kepada baginda terutama apabila menziarahi maqam baginda, ini juga Allah Ta’ala telah nafikan kerana Syafaat itu di akhirat nanti hanya akan berlaku dengan izin Allah kepada orang yang Allah reda, firmanNya:

وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى

Maksudnya: “dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa Yang diredhai Allah...” [al-Anbiya’: 28].

Firman Allah:

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya: tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. [al-Baqarah: 255].

Telah tsabit dalam hadis yang Sahih bahawa Nabi s.a.w di akhirat nanti sebelum memberi Syafaat baginda akan bersujud di hadapan Allah di Mahsyar terlebih dahulu memohon izin kepada Allah dan baginda akan memuji Allah dengan pujian yang belum baginda ketahui lagi melainkan baginda akan diilhamkan Allah akannya pada waktu itu sahaja. Maka tidak sah menuntut Syafaat daripada Nabi s.a.w kerana Syafaat itu milik Allah, bukan milik Rasulullah s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w:

وإنما أنا قاسم والله يعطي

Maksudnya: “dan sesungguhnya aku hanyalah tukang bahagi sedangkan Allah jua yang memberi...” [al-Bukhari].

Nabi s.a.w menjelaskan tugas baginda hanya menyampaikan dan membahagikan ilmu dan wahyu yang Allah berikan kepada baginda, adapun pemberi sebenar dan pemilik hukum adalah Allah Ta’ala sebagaimana firman Allah Ta’ala:

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Maksudnya: Pemilik hari pembalasan [al-Fatihah: 4]

Selepas Allah Ta’ala menyatakan Dia lah sebenarnya pemilik alam ini dan hari pembalasan dalam surah al-Fatihah ayat 2-4, Allah berfirman memberi tunjuk ajar kepada manusia untuk mentauhidkan-Nya dalam ibadat dan berdoa:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Maksudnya: “Hanya kepada Engkau sahajalah kami beribadat dan hanya kepada Engakau sahaja kami memohon pertolongan”. [al-Fatihah: 5].

Sebagaiman yang telah kita jelaskan, al-Isti’anah adalah salah satu jenis doa dan termasuk dalam Isti’anah adalah Istighasah.

Hukum Orang Yang Melakukan Syirik dalam Doa (Orang yang menyembah Kubur dan Wali):

Telah jelas bahawa perbuatan memohon doa dan hajat kepada orang mati atau ghaib sama ada manusia, jin, wali, Nabi, atau sebagainya adalah Syirik Akbar yang membawa kepada natijah pelakunya menjadi KAFIR dan MURTAD-nauzubillah min zalik-.

Tauhid Ibadah adalah Tauhid yang paling jelas dan menonjol bahkan ini adalah awal seruan para Nabi dan Rasul sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Maksudnya: “dan Kami telah utuskan pada setiap umat itu Rasul supaya menyeru mereka: Hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi Taghut..” [al-Nahl: 36].

Manakala Doa pula adalah Ibadat yang paling afdal dan istimewa sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

ليس شيء أكرم على الله تعالى من الدعاء

Maksudnya: “Tiada suatu perkara pun yang lebih mulia pada Allah selain daripada Doa”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad- hadis hasan-].

Maka Hujah Allah Ta’ala dalam perkara ini telah pun tegak dengan diutusnya Rasul daripada Nuh a.s sehingga lah Muhammad s.a.w. Tidak dikecualikan dalam hukum syirik dan kufur atas pelaku perbuatan ini kecuali atas mereka yang dipaksa (al-mukrah) dan yang tergelincir lisan seperti mengucapkannya dalam keadaan hilang akal atau mimpi.

Adapun mereka yang melakukan perbuatan ini atas dasar jahil maka mereka ini atas beberapa jenis:

Pertama: Baharu memeluk Islam. Maka mereka ini diberi uzur kerana baharu memeluk Islam dan diberitahu dan diajar bahawa perbuatan ini syirik, jika mereka terus berdegil juga selepas diberitahu dan dibacakan ayat-ayat Allah yang tersebut berkenaan masalah ini maka dia dihukum murtad.

Kedua: Mereka yang jahil namun hidup di negeri kaum muslimin, di mana dakwah Tauhid berkumandang di dalamnya, para Ulama Tauhid menyampaikan dakwah padanya, kitab-kitab dan buku-buku sampai kepada mereka dan mereka mampu memahami makna ayat-ayat al-Qur’an berkenaan masalah ini melalui terjemahan-terjemahan al-Qur’an yang ada maka mereka ini tidak diberi uzur kerana kejahilan mereka, bahkan mereka dihukum kafir serta merta dengan perbuatan mereka dan pemerintah hendaklah meminta mereka mengucap dua kalimah syahadah semula, jika enggan, dilalukan pedang di pundak-pundak mereka.

Ketiga: Mereka yang tidak sampai dakwah seperti kaum yang hidup dalam hutan belantara tidak mengenali tamadun, tiada pula sampai kepada mereka al-Qur’an dengan kadar yang mereka boleh faham dalam bahasa mereka atau mereka yang membesar dalam negeri yang tersebar padanya syirik dan sufiah dan tiada langsung pendakwah Tauhid di negeri tersebut sekadar jika dia mencari orang yang hendak mengajarkan dia Tauhid maka dia tidak akan jumpa.

Mereka ini diberi hukum Ahli Fatrah, iaitu di dunia mereka dilakukan seperti kaum musyrik, tidak disolatkan jika mereka mati, tidak ditanam di kubur kaum muslimin dan tidak boleh bersolat dibelakang mereka, namun keadaan mereka di akhirat diserahkan kepada Allah dan qaul yang rajih dalam masalah ini adalah mereka akan diuji oleh Allah, barangsiapa yang berjaya dia selamat, barangsiapa yang gagal dia akan menjadi ahli neraka-nauzubillah min zalik-.

Berkata Fadilatus Syaikh al-Muhaddis Abdul Muhsian al-‘Abbad –hafizahullah- :

“Adapun menyeru ahlinya (kubur) dan beristighasah dengan mereka, meminta mereka menunaikan hajat dan menghilangkan kesusahan demikian juga berdoa memohon kepada makhluk ghaib (yang tidak hadir) daripada jin, manusia, dan malaikat maka ianya adalah syirik yang mengeluarkan daripada agama, dan barangsiapa yang begini halnya maka tidak boleh kita bersolat di belakangnya (berimamkan dia), dan yang mati antara mereka (yang melakukan syirik ini) demikian juga dia tidak dimandikan, tidak disolatkan, dan tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin dan tempat kembalinya adalah neraka dan kekal di dalamnya seprti mana firman Allah Taala:

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang melakukan syirik kepada Allah maka Allah telah haramkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah nereka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim (musyrik) itu pembantu”. [al-Maidah: 72].

Ini adalah hukum orang yang telah tegak atasnya hujah, adapun orang yang belum tegak di atasnya hujah dan hidup di negeri yang tidak mengenal Islam melainkan ghuluw kepada orang-orang soleh dan meminta bantuan kepada mereka dan berdoa menyeru mereka kerana tertipu dengan penyamar ulama yang memperelokkan kepada manusia perkara batil ini dan mendiamkan diri daripada amalan syirik mereka dan ibadat mereka kepada selain Allah mak orang sebegini zahirnya adalah kufur dan dilakukan mu’amalah dengannya di dunia seperti orang yang telah tegak padanya hujah maka tidak boleh bersolat dengan berimamkan dia dan tidak disolatkan (jenazahnya) jika dia mati serta tidak didoakan untuknya dan tidak dibuat haji untuknya sedangkan kedudukannya di akhirat terserah kepada Allah kerana keadaannya ini termasuk dalam Ahli Fatrah yang tidak sampai kepada mereka seruan Rasul dan mereka diuji di hari kiamat, selepas ujian itu mereka akan berakhir sama ada di syurga atau nereka...”. [al-Idoh wa at-Tabyin fi Hukmi al-Istighasah bil Amwat wal Ghaibin, m.s 27-28, cet 1, 1431 H].

Firman Allah Ta’ala:

وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَذَا الْقُرْآنُ لِأُنْذِرَكُمْ بِهِ وَمَنْ بَلَغَ

Maksudnya: “dan diwahyukan kepadakua al-Qur’an ini untuk aku beri peringatan kepada kamu dengannya dan kepada sesiapa yang sampai akannya...” [al-An’am: 19].

Kata al-Imam Ibn Katsir r.h:

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: "بلغوا عن الله، فمن بلغته آية من كتاب الله فقد بَلَغه أمر الله".

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sampaikan daripada Allah, maka barangsiapa yang sampai kepadanya satu ayat daripada Kitab Allah maka telah sampai kepadanya perintah Allah”. [Tafsir al-Qur’an al-Azim, 3/245].

Kata Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab r.h:

فإن الذي لم تقم عليه الحجة، هو الذي حديث عهد بالإسلام، والذي نشأ ببادية بعيدة، أو يكون ذلك في مسألة خفية، مثل الصرف والعطف، فلا يكفر حتى يعرف. وأما أصول الدين التي أوضحها الله وأحكمها في كتابه، فإن حجة الله هو القرآن، فمن بلغه القرآن فقد بلغته الحجة

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang tidak tegak atasnya hujah adalah mereka yang; baharu memeluk Islam, dan yang membesar dalam kawasan badwi yang jauh, atau dalam perkara-perkara yang tersembunyi (yakni kufur yang berlaku dalam masalah tersembunyi yang memerlukan ijtihad untuk memahaminya-pent-) seperti masalah: Sarf dan al-‘Atf (sihir pengasih dan pemisah –pent-) maka dia tidak dihukum kafir sehingga diberitahu. Adapun masalah Usul agama yang Allah telah jelaskan dan terangkan dalam kitabNya maka hujah Allah adalah al-Quran itu sendiri, maka barangsiapa yang sampai kepadanya Al-Qur’an maka telah sampai kepadanya hujah”. [Al-Durar al-Saniah, 10/93].

Kata Imam Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz r.h:

أمور التوحيد ليس فيها عذر ما دام موجودا بين المسلمين , أما من كان بعيدا عن المسلمين وجاهلا بذلك فهذا أمره إلى الله , وحكمه حكم أهل الفترات يوم القيامة , حيث يمتحن , أما من كان بين المسلمين ويسمع قال الله وقال رسوله , ولا يبالي ولا يلتفت , ويعبد القبور ويستغيث بها أو يسب الدين فهذا كافر , يكفر بعينه

Maksudnya: “Perkara Tauhid tidak diberi keuzuran selama mana seseorang tinggal antara kaum muslimin. Adapun mereka yang tinggal jauh daripada kaum muslimin dan jahil akan tauhid maka keadaannya diserahkan kepada Allah dan hukumnya seperti hukum Ahli Fatrah di hari kiamat di mana mereka akan diuji. Adapun mereka tinggal dengan kaum muslimin dan mendengar : "Berfirman Allah", "Bersabda Rasulullah" tetapi dia tidak ambil peduli lalu menyembah kubur, meminta pertolongan dengannya, dan mencela agama (Islam) maka dia dihukum kafir pada dirinya...” [Majmuk Fatawa Ibn Baz, 9/79].

Kesimpulan:

Hasil perbincangan dalam masalah ini membuahkan kepada kita bahawa:

1- Doa adalah ibadah bahkan termasuk ibadat yang paling afdal

2- Berdoa kepada selain Allah s.w.t dalam perkara yang hanya mampu diberikan Allah s.w.t berkaitan dengan ta’tsir (kesan) dan perkara-perkara maknawiah seperti memohon syurga, neraka dan seumpamanya adalah syirik akbar yang menjadikan pelakunya kafir –nauzubillah min zalik- .

3- Harus meminta pertolongan dan bantuan kepada makhluk dalam sebab-sebab zahir yang pada adatnya mampu dilakukan makhluk dalam perkara hissiah seperti memohon bantuan mereka yang ahli untuk menangkap binatang buas dan seumpamanya.

4- Mereka yang berdoa kepada selain Allah sama ada dia beriktiqad sembahannya itu mempunyai kuasa rububiyah atau pun tidak tetap menjadi kafir kerana kaum musyrikin tidak beriktiqad semabahan mereka mempunyai kuasa rububiyah namun mereka tetap dihukum kafir oleh Allah dan Rasul-Nya.

5- Hujah Allah telah pun tegak dalam perkara Usuluddin (Usul-usul Agama dan asas-asasnya) dengan diutusnya para Rasul dan Nabi dan al-Qur’an merupakan hujah Allah yang tertegak atas manusia sehingga hari kiamat.

6- Mereka yang melakukan syirik akbar dalam perkara ibadat seperti berdoa kepada makhluk ini menjadi kafir serta merta jika melakukannya dalam keadaan tahu dan sedar.

7- Mereka yang melakukannya kerana Jahil tidak diberi uzur melainkan mereka yang baharu masuk Islam atau yang tinggal jauh daripada dakwah sekira-kira mereka tidak akan menemui dakwah tauhid jika mereka mencarinya di negeri mereka.

8- Mereka yang tidak sampai dakwah tauhid sama ada kerana diliputi syubhat ulama-ulama sufiah dan rafidah yang keji atau kerana tidak sampai kepadanya al-Qur’an dalam bentuk yang mereka boleh fahami kandungannya dihukum seperti Ahli Fatrah yakni kafir di dunia namun tempat kembali mereka di akhirat terserah kepada Allah.

9- Istifadah daripada perhasan ini kita dapati: kaum Sufi yang hanya muqallid kepada syeikh mereka dalam perkara syirik ini demikian juga kaum Rafidah yang awam yang mentaqlid syeikh mereka; semua mereka ini juga kafir dan tidak diberi uzur kerana jahil namun keadaan mereka di akhirat diserahkan kepada Allah s.w.t.

10- Seorang muslim wajib menjadikan Tauhid dan menuntut ilmu berkenaannya sebagai fokus utama hidupnya melebihi segala-galanya kerana Tauhid adalah satu-satunya tujuan dia hadir di dunia yang bakal fana ini dan satu-satunya bekal yang paling berharga dia akan bawa di ‘alam akhirat yang kekal abadi.

وصلى الله وسلم على خليل الله محمد وعلى آل بيته وصحبه أجمعين

Rujukan:

1- Majmuk Fatawa Ibn Baz

2- Al-Idoh wa al-Tabyin li Hukmi al-Istighasah bil Amwat wal Gha-ibin, Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abbad.

3- Taisir al-Aziz al-Hamid fi Syarh Kitab al-Tauhid, Syeikh Sulaiman Al Syeikh

4- Fathul Majid, Syeikh Abdul Rahman bin Hasan Al Syeikh

5- Aqidah al-Tauhid, Syeikh Soleh al-Fauzan

6- Fatawa Lajnah al-Daimah lil Buhus al-‘Ilmiah wal Ifta, Kerajaan Arab Saudi.

7- Fatwa Syeikh Abdul Aziz al Syeikh, Mufti Arab Saudi: http://www.mufti.af.org.sa/node/1328

8- http://www.binbaz.org.sa/mat/2064

9- Al-Durar al-Saniyah fil Ajwibah al-Najdiah. Jil 10.