Sunday, November 1, 2009

Keimanan Tertinggi adalah Meninggalkan Jihad: Mengapa Harus Dipenggal Leher Kafir Dzimmi?


“Rububiyyah itu memiliki suaru rahasia, kalau ditampakkan nescaya batallah kenabian. Dan bagi kenabian itu suatu rahasia, kalau tersingkap nescaya batallah ilmu. Dan bagi ulama itu suatu rahasia, kalau mereka dinampakkan maka batallah hukum-hukum” [Al Imla' ; Karya Hujjatuh Islam Syeikh Abu Hamid Al Ghazali ketika beliau menjawab para Pembantah Ihya Ulumuddin]

Apabila Rahasia Tersingkap pada Mata Ahli Tawhid!

Untuk seorang yang mengerti akan keimanan, dan dia telah mencapai maqam yang paling utama; maka ketika itu segala rahasia alam ini telah tersingkap dan tanpak pada kedua matanya. Bahawa yang maujud hanyalah Dia, tak ada selain-Nya.

Ketika itulah segala kelembutan Ar Rahman muncul dalam nafasnya, menyatu dan berjalin. Dia menjadi sirna – fana – lalu segala yang ada saat itu hanyalah Dia, dan dia adalah Dia.

“Dan segala yang ada di wujud ini selain Dia adalah ciptaan Allah Ta’ala. Jika Dia mencintainya (ciptaan) maka Dia tidak mencintai, selain Diri-Nya sendiri. Dan ini seluruhnya dilihat dengan mata tawhid yang dinamakan oleh sufi sebagai fana’ nya jiwa. Maksudnya; fana dari jiwanya (hamba) dan dari selain Allah sehingga dia tidak melihat kecuali Allah” [Ihya 4/86]

Justeru apa yang ada di dunia ini sebenarnya ada 2 iaitu antara Khaliq dan makhluq; antara Sang Pencipta dan Yang diciptakan. Tetapi hakikatnya ia bersumber dari satu iaitu sang pencipta. Tanpa Dia, yang tercipta tidak akan maujud. Apabila manusia itu yang berupa makhluk telah mendalami ilmu tawhid dan dia telah berjaya mencapai fana’ maka dia akan menyedari bahawa dirinya dan segala alam ini bersumber dari Allah dan hakikatnya dirinya juga adalah sebahagian dari Allah; ketika itulah jiwanya luluh hancur akibat tersingkapnya sebuah rahasia: bahawa Allah telah hadir dalam dirinya – menyatu dan berulit dengan dia. Akhirnya yang tinggal saat itu hanyalah Dia. Makhluk telah menyatu dengan Khaliq. Saat ini terjadi bila rahasia telah tertanpak.

“Wali-wali Allah mereka tidak melihat di alam ini melainkan Allah, jadi ‘La Illaha Illa Huwa’ adalah tawhid orang awam sedangkan ‘La Huwa illa Huwa’ adalah tawhid al khawwas [ahli sufi]“. [Misykatul Anwar, karya Al Ghazali]

Oleh itu, para wali Allah mengerti bahawa saat itu sebuah rahasia telah ditampakkan pada mereka, maka saat itu juga hilanglah kekhawtiran dalam jiwa mereka, dan bersamaan itu maka lenyaplah hukum-hukum.

Kekufuran adalah Kebenaran Bagi Ahli Tawhid!

Setelah mereka mengetahui bahwa yang maujud dalam dunia hanyalah Dia, maka segala yang diciptakan hanyalah sebuah bayangan – zilullah. Segalanya. Segalanya termasuklah gunung? Ya termasuk lah Gunung! Segalanya termasuklah lautan? Ya termasuklah Lautan! Segalanya termasuklah kaum Kuffar? Ya termasuklah kaum Kuffar!

Maka, kekufuran yang mereka bawakan itu hakikatnya sebuah kebenaran; kerna kekufuran tidak akan muncul kalau tidak diijinkan oleh Allah. Malah kekufuran juga adalah sebuah ilham dari Tabarakawata’ala! Mustahil manusia akan menciptakan kekufuran tanpa restu Ilahi. Dan juga tidak akan terbesit dalam minda manusia kalau Allah tidak akan ilhamkan.

Hatta Allah telah mewujudkan Iblis dan Setan yang Dia memang ketahui bahawa Iblis akan menyesatkan manusia. Lalu Dia menciptakan Iblis adalah sebagai sarana untuk mewujudkan kekufuran. Sedangkan kekafiran dan kebejatan adalah sebuah bayangan dari Allah. Maknanya kekufuran dan kezaliman adalah sebuah restu dari Langit.

Ketika itu juga seorang yang bertawhid akan melihat bahawa Gereja, Sinonggang, Kuil dan Tokong adalah sebuah metafora kepada kewujudan Allah, dan kewujudan rumah ibadah itu tidaklah menghina Allah tetapi adalah sebuah rumah untuk Allah juga.

Yang membangunkan rumah sembahan itu adalah manusia, sama ada dia kafir atau beriman, ternyata bahawa Allah telah merestuinya kerna beberapa perkata: pertama bahawa segala kejadian alam ini [makhluq] adalah sebuah bayangan dari Allah. Kedua bahawa manusia itu sama ada kafir atau beriman adalah mendapat restu Allah. Ketiganya bahawa manusia yang berbuat secara majazi padahal yang berbuat secara hakiki adalah Allah!

Maka yang mendirikan rumah berhala itu adalah Allah, dan yang menyebarkan kekafiran juga adalah Allah!

Inilah yang dilihat oleh mata dan didengar oleh telingan dan diimani dalam hari bagi tiap-tiap ahli sufi!

Manusia Tidak Berbuat Tetapi Allah Memaksa Mereka

Kerana itulah Hujjatul Islam, ketuanya para Wali, Syeikh al Khbar Imam Abu Hamid al Ghazali berkata bahawa segala perbuatan hamba adalah pengarahan dari Langit, sehinggakan masuk syurga juga adalah sebuah keterpaksaan. Manusia tidak bisa memilih untuk berbuat baik atau jahat, semuanya telah ditentukan oleh Allah.

“Maka orang-orang yang bertaqwa digiring secara paksa ke syurga, dan orang-orang yang berdosa digiring secara paksa ke neraka. Tiada yang berkuasa melainkan al Wahidul Qahar”. [Ihya 4/89-90]

Lihatlah bahawa di dunia ini tiada sebuah pilihan untuk manusia berbuat, segalanya telah ditulis dalam luh mahfuz, sehinggakan untuk beriman dan bersyirik itu sudah ditetaipakn, malah sebuah kekafiran yang menimpa seorang manusia sebenarnya telah Allah tetapkan, tanpa ada pilihan atas manusia tersebut.

Sehinggakan untuk masuk syurga juga merupakan sebuah paksaan yang ditetapkan untuk manusia!

Lalu, yang merogol itu siapa? Yang merampok itu bagaimana? Yang menyengbah berhala pula apa kondisinya?

Bagi manusia yang telah beriman kepada Allah dan mencapaki tahapan tinggi dalam taqwa; maka yang terlihat pada pata kepala mereka adalah semua itu dilakukan oleh Allah ta’ata; kerna yang maujud hanyalah Maha Wujud.

“Sesungguhnya engkau adalah seperti seorang anak kecil yang melihat permainan boneka yang menggunakan patung-patung kain di balik hijab: menari, berdiri dan duduk. Sedangkan ia [patung] itu terbit dari kain bekas yang tak bergerak dengan sendirinya, hanya saja ia digerakkan dengan benag-benang halus yang tak nampak dalam kegelapan malam dan kepalanya di tangan pemain boneka tersebut dan tersembunyi dari pandangan mata anak-anak. Mereka [anak2] bergembira dan takjub kerana menyangka bahawa patung kain tersebut menari, berdidi dan duduk… Dan adapun orang-orang yang berakal maka sesnugguhnya mereka mengetahui bahawa itu digerakkan bukannya bergerak [sendiri]…. mereka [orang arif]  melihat dengan ketajaman pandangan mereka adanya benang-benang sehalus benang labah-labah - bahkan lebih halus  daripadanya – tergantung dari langit, hujungnya terkait pada setiap penduduk bumi. Benang tersebut betapa halusnya sehinggakan tidak terlihat pada pandangan zahir, kemudian mereka [orang arif] menyaksikan pangkal benang tersebut tergantung pada gantungan-gantungannya dan mereka menyaksikan gantungan-gantungan tersebut tenggelam di tangan malaikat-malaikat langit yang diarahkan kepoada malaikat-malaikat pengangkat Arsy. Menanti dari mereka perintah yang diturunkan kepada mereka dari hadapan Rabb agar mereka tidak menentang perintah Allah dan menjalankan apa yang diperintahkan kepada mereka”. [ihya 4/97-98]

Maka dari ucapan Imam Al Ghazali ini kita mengetahui bahawa manusia yang kafir itu bukanlah sengaja tetapi yang menggerakkan mereka adalah Allah, begitu juga yang merogol itu bukanlah kehendak manusia akan tetapi kehendalk Allah.

Kewajiban Jihad Sudah Tiada Apabila Mencapai Maqam Wali

Apabila kita telah beriman bahawa segala yang wujud adalah Allah, dan segala bentuk kekafiran adalah bayangan Allah maka kita juga telah beriman bahawa segala yang bergerak, duduk, berjalan dan berlari, menetap dan berdiri adalah digerakkan oleh Allah , sampailah satu keimanan bahawa jihad itu tidak dibebankan Allah atas segala manusia.

Bagaimana kewajiban jihad bisa langsung padahal seorang Muslim itu membunuh seorang Nasrani, atau seorang Yahudi atau seorang Manjusi padahal mereka semua itu direstukan oleh Allah untuk menyebarkan agama keraka, malah berbuatnya mereka itu adalah dikawal oleh para malaikat dari langit.

Maka tidak pantas seorang yang bertaqwa membunuh jiwa yang lain setelah dia mengerti bahawa manusia semuanya adalah bayangan Allah dan manusia dikawal oleh benang halus.

Lantaran itu ketika Baitul Muqaddis dilanggar Kaum Salibin, Hujjatul Islam Imam Al Ghazali beruzlah di gua, berzikir dan meratib meraban; lantaran dia mengerti bahawa Kaum Nasrani itu digerakkan oleh Allah maka melawan kehendak Allah berupa sebuah kekufuran!

Kerna dia telah menyebutkan dalam kitabnya praktik tawakkal dan taqwa. Imam Al Ghazali menukilkan sebuah cerita bagaimana seorang Ahli Tawhid kehilangan anaknya selama 3 hari tanpa khabar berita. lalu orang ramai berkata kepadanya: Kalau saja engkau bermohon kepada Allah agar Dia mengembalikan anakmu”. Maka sang Sufi itu berkata: “Pertentanganku terhadap qadha Nya adalah lebih berat bagiku dari kehilangan anakku”. [Ihya 4/350 dan Al Arbain]

Lihatlah praktik tawakkal bagi seorang yang beriman; bahawa kita harus menerima musibbah tanpa ada penentangan kerna segala perkara itu telah ditakdirkan, termasuklah pelanggaran kaum kafir atas negeri kaum muslimin.

Justeru barangsiapa yang melawan aturan Tuhan maka dia telah kufur kepada qadar-Nya, dan tidak berimanlah akan dia. Sesungguhnya apabila ada musibah yang menimpa manusia; maka haruslah kita menerimanya tanpa menepis. Kerna ia semua adalah telah ditaqdirkan dan telah digerakkan oleh Allah!

Kerrna itu, pelanggaran yang berlaku oleh tentera Salibi pada zaman dahulu, begitu juga penjajahan yang dilakukan oleh kaum Nasara serta pencerobohan hari ini seperti di negara-negara Islam; tidak didapatkan para Wali dan para Mursyid Sufi bangun untuk melawannya; kerna upaya melawan itu adalah sebuah hakikat kufur dan melawan Allah Ta’ala.

Buktikan kalau saya berdusta!

Inilah keimanan yang paling agung – fana dalam jiwa lalu Allah tajjali dalam mata!

Pertentangan Antara Seorang Sufi Dan Seorang Asya’irah!

Setelah manusia itu beriman dengan jalannya sang sufi maka dia akan bingung ketika berhadapan dengan Kaum Asya’irah lantaran kadang kala terdapat pertentangan antara Sufi dan Paham Asya’irah.

Manakah yang dia harus imani; paham Sufi atau Paham Asya’irah?

Kerna kadang antara seorang sufi akan meilhat adanya nkecanggahan dalam seorang Asya’irah, begitulah sebaliknya. Ini lantaran Asya’irah menerima sufi

Contohnya dalam Jihad; Asya’irag yang berpegang pada teks Hadith akan beriman wajibnya jihad sementara Sufi beriman bahawa jihad tidak harus ada!

Maka Tatkala itu seorang Asya’irah yang Sufi akan bingung dan menjadilah tolol. Lalu keluar padanya 2 pandangan pada sesetengah masalah. Kadang dia membenarkan dan kadang dia melarangnya. seperti yang terjadi pada Hujjatul Islam Al Ghazali; Kadang dia benarkan dan kadang dia larang. Maka untuk menutup hal ini maka berkatalah dia bahawa iman orang awam dan iman orang khusus. Yang dilarang itu selalunya untuk orang awam dan yang dibenarkan itu khusus untuk iman orang khusus!

Oleh itu maka agama ini menjadilah sebuah lulocon!

Sangat sukar menjadi Asya’irah yang Sufiyah!