Tuesday, May 10, 2011

JAKIM USAHA HAPUSKAN TARIQAT SUFI

PUTRAJAYA: Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan, amalan khurafat dan perbomohan.


Kumpulan berkenaan adalah Syiah; al-Arqam atau Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global Ikhwan Sdn Bhd; Islam Jamaah; Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd), Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah; Pemuda Kahfi, Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim; Qadiani/Ahmadiah; Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan ajaran Aurad Islamiah. Kumpulan itu adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.


“Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini.


“Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara,” katanya.

Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.


Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.

“Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.


“Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat,” katanya.


Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.


"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru,” katanya.

14 comments:

  1. Assalamu'alaikum wm wbr.

    Nak tanya, kenapa sufi itu merbahaya?

    ReplyDelete
  2. Imam Syafi'e pengasas Mazhab Feqah Syafi'e adalah ulama khalaf yang berpegang kepada perlaksanaan amal soleh(syariat) dan kesempurnaan rohani. Iaitu dua juzuk yang berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan sama sekali didalam melaksanakan setiap amal ibadat. Beliau menjalani tarbiyyah keimanan untuk mencapai kesempurnaan hati di bawah bimbingan seorang sufi yang ummi, Shuban ar-Ra'i. Sesungguhnya umat Islam di zaman para sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in, dan ulama' khalaf menerima dan memahami hakikat kesempurnaan islam itu adalah merangkumi perlaksanaan amal soleh dan memiliki kesempurnaan hati.

    Di zaman imam Syafi'e kesempurnaan hati itu dicapai melalui ilmu iman atau ilmu khusyuk atau ilmu makrifat atau ilmu bathin yang mana semua ini merujuk perlaksanaan amalan kerohanian atau amalan zikrullah/qiyamullail. Tidak timbul ilmu Tasawwuf atau Tarekat di zaman itu tetapi prinsip dan amalan mazhab itu adalah berasaskan amalan zikrullah dan khusyuk hati.

    Imam Syafi'e meninggal dunia kira-kira 55 tahun sebelum kelahiran tokoh agama pengasas mazhab fuqaha/Asya'ariah Muturidiah iaitu Abu Hassan Asya'ari, kira-kira 5 tahun selepas Imam Bukhari meninggal dunia. Demikianlah, Ilmu Usuluddin/ Ilmu sifat 20 yang direkacipta oleh Abu Hassan Asya'ari yang muncul di dunia Islam kira-kira sekitar 100 tahun tarikh kewafatan Imam Syafi'e. Oleh itu, kita membuat kesimpulan Imam Syafi'e dan anak-anaknya tidak sempat mendengar dan meneliti hujjah ilmu sifat 20 supaya bersarang di akal.

    Demikian juga, Tauhid Uluhiyyah,tauhid Robbubiyyah, Asma Wa sifat iaitu Ilmu akidah yang direkacipta oleh tokoh modenisasi akidah islam iaitu Ibn Taimiyyah. Akidah pelbagai jenis tauhid ini juga tidak sempat juga didengar oleh Imam Syafi'e, Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi kerana ilmu akidah itu muncul sekitar 500 tahun dari tarikh Imam-imam tersebut wafat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak2 tu mna faham tuan,tgok org lain semua tak betul depa jer betul,betul tak betul tggu di masyar nnti depa bukn Tuhan pun😊😊😊😊😊

      Delete
  3. Tareqat naqsyabandiah kholidiah berdaftar dengan pejabat mufti negeri 9. Kenapa dikatakan sesat??

    ReplyDelete
  4. Apa nak dikata kn....manusia lupa akn dalaman nye yg mereka tahu hnya kulit semata2....allah xsuruh kite islam membabi buta.....

    ReplyDelete
  5. Apa nak dikata kn....manusia lupa akn dalaman nye yg mereka tahu hnya kulit semata2....allah xsuruh kite islam membabi buta.....

    ReplyDelete
  6. Dengar dan hayati. jangan main hentam haram je sume. tak boleh mcmtu

    ReplyDelete
  7. Agak penulis blog ni bodoh mcm lembu

    ReplyDelete
  8. Aswj???πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  9. Kata ahli sunnah tpi mahzab yg lain x pkai pun aswj apa

    ReplyDelete
  10. Nasib baik lh jalaludin rumi,syeikh abdul kadir jalaini tak hidup zaman ni klau tak diaorg pun dicop

    ReplyDelete
  11. Soal akidah lah apa lah sibuk kat diri org lain,diri sendiri taknak cariπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete
  12. Sesat org nmpak sesat diri sendiri tak nmpakπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

    ReplyDelete