Wednesday, October 3, 2012

HUKUM QASIDAH BURDAH: FATWA LAJNAH DAIMAH ARAB SAUDI


SOALAN:

ما حكم الكتاب المسمى بـ[البردة المديح] التي تستعمل في الدعاء في وطننا، وهل هذا الكتاب إذا قرأته تثاب أم لا، وهل قراءة هذا الكتاب تصل إلى النبي صلى الله عليه وسلم كما يقول بعض الناس أم لا؟

Maksudnya: "Apakah hukum Kitab yang dinamakan seagai al-Burdah al-Madih (Qasidah Burdah) yang digunakan sebagai doa di negera kami, adakah kitab ini jika aku membacanya mendapat pahala atau tidak? Adakah membaca kitab ini (pahalanya) akan sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam seperti yang dikatakan sebahagian manusia atau tidak?"

JAWAPAN:

أكثر من قراءة القرآن الكريم ومن ذكر الله بما ثبت من الأذكار عن النبي صلى الله عليه وسلم، واستغن بذلك عن قراءة البردة ونحوها، فإن التعبد بقراءتها وقراءة أمثالها بدعة محدثة،

Maksudnya: "Banyakkan membaca al-Quran al-Karim dan Zikrullah dengan apa yang tsabit daripada zikir-zikir daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan cukuplah dengan perkara itu daripada membaca Burdah dan seumapamanya kerana berta'abbud dengan membacanya (Burdah) dan seumapamanya adalah Bid'ah yang diada-adakan"

وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد» وفي رواية «من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد»

Maksudnya: "dan telah tsabit daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: "Barangsiapa yang merekacipta dalam agama kami ini apa yang tidak berasal daripadanya maka ia tertolak" dan dalam riwayat yang lain: "barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan berasal daripada agama kami maka ia tertolak". [HR al-Bukhari & Muslim]

وعلى هذا فلا ثواب في قراءتها، بل في بعض أبياتها شرك أكبر مثل

Maksudnya: "oleh itu tidak ada pahala pada membacanya bahkan dalam sebahagian baitnya mengandungi Syirik Akbar seperti:

 يا أكرم الخلق ما لي من ألوذ به ... سواك عند نزول الحادث العمم

Maksudnya: "Wahai makhluk yang paling mulia siapakah lagi tempat aku berlindung selain dari kamu ketika berlakunya bala bencana".
إلى أن قال:
إن لم تكن في معادي آخذا بيدي ... فضلا وإلا فقل يا زلة القدم
فإن من جودك الدنيا وضرتها ... ومن علومك علم اللوح والقلم.

Maksudnya: "Sehingga katanya:

"Jika tiada engkau di akhirat nanti membantu aku maka katakanlah: sungguh aku telah kecelakaan"
Sesungguhnya termasuk kemurahan engkau adalah Dunia dan madunya (Akhirat) dan daripada Ilmu kamu adalah Ilmu Lauh dan Qalam".

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi:

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Timb. Ketua: Abdul Razzaq Afifi
Anggota: Abdullah bin Ghudyan, Abdullah bin Qu'ud

FATWA NO. 5782

13 comments:

  1. Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ini bapa wahabiy. kpla hotak yang keras menentang dan menyalahi ahlisunnah waljamaah... berapa ramai ulamak muktabar yg pada masa dahulu dikafirkan oleh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ini... ikut kpala hotak dia ni.. kamu pon mengkafirkan ulamak gak nanti. hati2 dgn wahabiy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anta tolak dalil ka saudara?

      Delete
    2. Fatwa tu sbnrnk hanya pendapat ulama berdasarkan dalil2 Al-Quran. Namun gitu, ada ulama pula memahami bahawa qasidah burdah ini bukan syirik tetapi tabaruk. Kena ingat ya, ijmak (pendapat) sesorg ulama tidak membatalkan ijmak ulama yg lain. Jd, pendapat ulama yg mengatakan qasidah burdah ini syirik tidak membatalkan ulama yg mengatakan boleh dgn dalil tabaruk.
      https://bincangsyariah.com/khazanah/tabarrukan-kasidah-burdah/
      https://bincangsyariah.com/khazanah/tabarrukan-kasidah-burdah/

      Delete
  2. "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu". (Ayat Al-Quran dalam Surah Al-Maaidah ayat 3)... sama2 kita tinggal pekara yang batil dan berpegang lah dengan Al-Quran & Sunnah nabi nescaya kita tidak akan sesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bener itu al qur'an dan itrah (ahlulbait)

      Delete
    2. Yg jd sesat itu apabila tidak memahami landasan ilmu. Ilmu Islam tidak sesempit dan jumud seperti mana yg kamu pikirkan. Kenapa jd mcm ni?. Benda ni terjadi apabila kamu mengabaikan usul fiq. Pernah dgr usul fiq al-Nasikh, al-mansukh?

      Delete
  3. Wahabi Bodoh
    Baca Qur'an dong makanya
    Allah dan Malaikat aja bersholawat kenapa manuasia tidak?
    Setiap orang punya cara sendiri buat bersholawat salah satunya qasidah
    Sholat dulu deh yang becus
    Muter2 pake dalil ini itu jelas2 di al qur'an semuanya ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiah lagi bodoh..... menganggap dirinya lebih bagus dr mana-mana manusia, hatta agama diselewengkan mengikut nafsu semata, lantas menfitnah para ahlul sunnah sebagai wahabi bg menutup kebatilan dakyah mereka. jelas Rasulullah dan para sahabat termasuk Saydina Ali menegaskan kpd umat islam agar berpegang teguh kpd Al-quran dan As-sunnah, mana datangnya itrah?
      kamu siapa mau bikin ibadah sendiri segala, selawat itu kan ibadah, maka turuti ibadah yg Rasulullah ajar, bukan pake otak dangkal bikin cara sendiri.
      belajar agama yg bener dong, jangan ikuti Syiah laknatullah.

      Delete
  4. Alhamdulillah sangat mencerah kan sekali.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sangat mencerah kan sekali.

    ReplyDelete