Tuesday, October 2, 2012

MATI DALAM KEADAAN SYIRIK NAMUN JAHIL IANYA SYIRIK: FATWA IBN BAZ RH.


SOALAN:
ما حكم من مات على الشرك وهو لا يعلم أنه من الشرك؟
Maksudnya: "Apakah hukum orang yang mati dalam keadaan syirik sedangkan dia tidak bahawa perbuatannya itu syirik?"

JAWAPAN:

من مات على الشرك فهو على خطر عظيم لقول الله سبحانه: {وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}

Maksudnya: "Barangsiapa yang mati di atas Syirik maka dia berada dalam bahaya yang besar kerana firman ALLAH subhanah (maksudnya): "dan jikalau mereka melakukan Syirik akan gugurlah daripada mereka segala apa yang mereka kerjakan (daripada amalan soleh)". [al-An'am: 88]

وقال تعالى: {مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ}

Maksudnya: "Dan firman ALLAH Ta'ala: "Tidak patut bagi kaum Musyrikin itu untuk mengimarahkan Masjid-masjid ALLAH sedangkan mereka menyaksikan diri mereka berada atas kekufuran mereka itulah orang-orang yang terhapus amalan mereka dan kekal di dalam neraka". [al-Taubah: 17].

وقال تعالى: {وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Maksudnya: "dan Firman ALLAH Ta'ala: "dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya terbuang sebagai debu yang berterbangan." [al-Furqan: 23].
وقال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ}

Maksudnya: "dan firmanNya subhanah: "Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan dosa Syirik terhadapNya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki". [al-Nisaa: 48]

فهذا وعيدهم ومصيرهم كسائر الكفرة الكفر الأكبر، وحكمهم في الدنيا أنهم لا يغسلون ولا يصلى عليهم ولا يدفنون في مقابر المسلمين
Maksudnya: "Maka ini adalah ancaman terhadap mereka dan tempat kembali mereka adalah seperti kaum kafir yang lain yang melakukan Kufur Akbar, sedangkan hukum mereka di dunia bahawa mereka tidak dimandikan, tidak disolatkan, tidak ditanam di perkuburan kaum muslimin".

أما إن كان أحد منهم لم تبلغه الدعوة- أعني القرآن والسنة- فهذا أمره إلى الله سبحانه يوم القيامة كسائر أهل الفترة، والأرجح عند أهل العلم في ذلك في حكمهم أنهم يمتحنون يوم القيامة، فمن أجاب دخل الجنة ومن عصى دخل النار.

Maksudnya: "Adapun jika ada antara mereka itu tidak sampai kepadanya Dakwah yakni tidak sampai kepadanya al-Quran dan al-Sunnah maka urusannya diserahkan kepada ALLAH subhanah pada hari kiamat seperti Ahli Fatrah yang lain, dan yang terkuat di sisi Ahli Ilmu bahawa hukum mereka bahawa mereka itu akan diuji pada hari kiamat, barangsiapa yang menyahut ujian itu akan masuk ke syurga sedangkan sesiapa yang ingkar akan masuk neraka".

وقد بسط الكلام في ذلك العلامة ابن القيم رحمه الله في آخر كتابه " في طريق الهجرتين ". حيث قال: " (المذهب الثامن) أنهم يمتحنون في عرصات القيامة ويرسل إليهم هناك رسول الله وإلى كل من لم تبلغه الدعوه فمن أطاع الرسول دخل الجنة ومن عصاه أدخله النار، وعلى هذا فيكون بعضهم في الجنة وبعضهم في النار، وبهذا يتألف شمل الأدلة كلها ".

Maksudnya: "dan al-'Allamah Ibn al-Qayyim r.h telah membahaskan secara panjang lebar berkenaannya di akhir kitab beliau "Tariq al-Hijratain" di mana kata beliau: "Mazhab yang ke-8: bahawa mereka itu diuji di hari kiamat dan diutuskan di sana kepada mereka Rasulullah dan kepada semua yang tidak sampai kepadanya dakwah maka barangsiapa yang mentaati Rasul akan masuk ke syurga adapun yang ingkar akan dimasukkan ke neraka, maka atas pendapat ini sebahagian mereka (Ahli Fatrah) akan masuk ke syurga dan sebahagian yang lain masuk ke neraka, dengan ini terhimpunlah semua dalil".

أما إن كان أحد منهم عنده جهل فيما وقع فيه من الشرك فأمره إلى الله جل وعلا، والحكم على الظاهر، فمن كان ظاهره الشرك حكمه حكم المشركين وأمره إلى الله جل وعلا الذي يعلم كل شيء سبحانه وتعالى.

Maksudnya: "Adapun jika seseorang daripada mereka itu terdapat padanya kejahilan dalam apa yang dia terjebak melakukannya daripada Syirik maka urusannya diserahkan kepada ALLAH jalla wa 'ala, namun hukum (di dunia) berdasarkan zahir, maka barangsiapa yang zahirnya Syirik maka hukumnya hukum Musyrikin sedangkan urusannya (di akhirat) diserahkan kepada ALLAH jalla wa 'ala yang mengetahui semua perkara subhanahu wa ta'ala".

FATWA SAMAHAH AL-SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ, MANTAN MUFTI 'AM KERAJAAN ARAB SAUDI, jil 9, hal. 40 & 41

No comments:

Post a Comment