Showing posts with label Fana. Show all posts
Showing posts with label Fana. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

AL-FANA’: TASAWUF SALAFI vs TASAWUF FALSAFI

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI AL-MADANI

Antara istilah tasawuf yang menimbulkan kekeliruan dan perdebatan adalah istilah al-Fana’ (الفناء) yakni; hilang dan lebur. Kaum Sufi selalu mendakwa bahawa para Syeikh mereka telah mencapai maqam al-Fana’ dan ketika mencapai maqam ini lah menurut mereka akidah Wehdatul Wujud (Tuhan dan Makhluk adalah satu) akan terpancar dan mereka yang mencapai maqam ini tidak akan lagi mengingkari Wehdatul Wujud atau Ittihad (bersatunya Makhluk dengan Tuhan) atau Hulul (Tuhan meresap masuk ke dalam Makhluk) sehingga mereka menjadikan ucapan Firaun ‘alaihi laknatullah: “Akulah Tuhan kamu yang Maha Tinggi” adalah benar bahkan Musa a.s dan Harun a.s sebenarnya yang bebal memahami perkataan Firaun ini –nauzubillah minal Kufri wal zandaqah-.

Sebenarnya istilah-istilah ilmu Tasawuf seperti al-Fana’ ini tidaklah pernah dikenali di zaman Salafus Soleh tetapi ianya muncul di zaman terkemudian, selepas berlalunya zaman para Sahabat ridwanullahi ‘alaihim ajma’in.

Kata Imam al-Zahabi r.h mengulas mengenai istilah-istilah sufi seperti al-Fana’ dan al-Mahwu:

فَمَا أَحلَى تَصُوفَ الصَّحَابَة وَالتَّابِعِيْنَ!مَا خَاضُوا فِي هَذِهِ الخَطَرَاتِ وَالوسَاوِسِ، بَلْ عبدُوا اللهَ، وَذَلُّوا لَهُ وَتَوَكَّلُوا عَلَيْهِ، وَهم مِنْ خَشيته مُشفقُوْنَ، وَلأَعدَائِهِ مُجَاهِدُوْنَ، وَفِي الطَّاعَة مُسَارعُوْنَ، وَعَنِ اللَّغو مُعرضون، وَاللهُ يَهدي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صرَاط مُسْتَقِيْم.

Maksudnya: “Maka alangkah indahnya Tasawuf pada Sahabat dan Tabiin! Mereka tidaklah menyelami lintasan dan was-was ini, bahkan mereka mengabdikan diri kepada Allah, merendahkan diri untuk-Nya dan bertawakkal pada-Nya, bersamaan itu mereka sangat takut kepada-Nya, menentang dan melawan musuh-musuhNya, bersegera dalam ketaatan, menjauhi perkara yang sia-sia, dan hanya Allah jua yang memberi hidayah kepada yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 18/510].

Maksud al-Fana’:

Kalimah al-Fana’ dari segi bahasa adalah: Hilang dan lenyap daripada wujud, namun ini bukanlah makna fana’ yang dikehendaki oleh Ahli Sufi tetapi apa yang mereka maksudkan adalah keadaan dan tingkatan seseorang yang menempuh jalan zuhud dan ibadah.

Kata Imam Ibn al-Qayyim r.h:

ذهاب القلب وخروجه من هذا العالم وتعلقه بالعلي الكبير الذي له البقاء فلا يدركه الفناء ومن فني في محبته وطاعته وإرادة وجهه أوصله هذا الفناء إلى منزل البقاء

Maksudnya: “Perginya hati dan keluarnya ia daripada alam ini serta bergantungnya ia dengan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar yang memiliki Kekekalan maka ia (hati tadi) tidak akan ditimpa kemusnahan, barangsiapa yang melenyapkan diri dalam mencintaiNya dan mentaatiNya serta mengharapkan wajahNya maka lenyapnya ini akan menyampaikan dia kepada kedudukan al-Baqa’ (kekal)”. [Madarijus Salikin, 3/369].

Kata Imam Ahmad bin Ibrahim al-Wasiti r.h[1]:

الفناء عبارة عن اصطلام العبد لغلبة وجود الحق وقوة العلم به في العبد فيزيد بذلك يقينه به ومعرفته به وبصفاته سبحانه فيذهل بذلك كما يذهل الإنسان في أمر عظيم دهمه فإنه ربما غاب عن شعوره بما دهمه من الأمور المهمة

Maksudnya: “al-Fana’ adalah ibarat pertembungan yang berlaku pada seorang hamba kerana kewujudan al-Haq mengalahkan kewujudannya dan kekuatan ilmu berkenaanNya dalam diri seorang hamba maka dia bertambah dengan ilmu itu keyakinan terhadapNya dan mengenalNya dan dengan sifat-sifatNya maka dia menjadi lupa (akan keadaan sekeliling) seperti mana seseorang manusia itu menjadi lupa kepada keadaan sekeliling apabila terdapat satu perkara besar yang melandanya, boleh jadi dia hilang perasaan (tidak sedar diri) dengan sebab besarnya kejadian yang melandainya”. [Syifaul ‘Alil, Ibn al-Qayyim, m.s 16].

Hal fana’ ini dapat disimpulkan seperti keadaan wanita-wanita Mesir semasa mereka melihat Yusuf a.s kerana terlalu kagum dengan ketampanan baginda, mereka fana’, terlupa keadaan sekeliling sehingga terpotong jari mereka dan mereka tidak berasa sakit pula.

Maka demikian pula keadaan orang-orang salik yang beribadat ini apabila mereka kuat yakin dan iman mereka sehingga merasakan kebesaran Allah dan keagungannya mereka lupa keadaan sekeliling kerana begitu kagum dengan kebesaran Allah Taala itu.

Demikian juga al-Fana’ membawa maksud seorang hamba itu meninggalkan segala kehendak syahwatnya, melenyapkan tuntutan diri yang bersifat duniawi untuk mencari keredaan Allah Taala, maka mereka tidak melakukan sesuatu pun melainkan semuanya hanyalah untuk Allah Taala jua sebagaimana takrif Imam Ibn al-Qayyim r.h yang lalu sebutnya.

Kalimah al-Fana’ ini sebagaimana yang kita jelaskan terdahulu tidak tsabit daripada para Ulama Salafus Soleh terdahulu demikian juga tiada warid dalam nas-nas syarak yang menunjukkan makna kalimah ini sebagaimana yang dikehendaki oleh kaum Tasawuf, maka ianya tidaklah dipuji secara mutlak dan tidak pula dikeji secara mutlak tetapi dilihat maksud yang dikehendaki akannya sebagaimana mazhab Salaf dalam menghadapi istilah-istilah baharu.

Jenis-jenis al-Fana’:

Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h menjelaskan bahawa makna al-Fana’ ini terdapat 3 takrifan iaitu:

Pertama: Fana’ daripada beribadat kepada selain Allah yakni meleburkan diri dan melenyapkan diri dalam melaksanakan tuntutan Tauhid Ilahiyah. Maka seseorang itu memusnahkan dirinya untuk mentaati Allah Taala dan menegakkan agamaNya, dia mendahulukan perintah-perintah dan larangan-larangan syarak mendahului hawa nafsunya.

Kedua: Fana’ daripada menyaksikan selain Allah Taala. Ini adalah Fana’ yang banyak diterangkan oleh Syeikh Ahmad bin Ibrahim al-Wasiti r.h yang telah kami jelaskan di atas. Seorang salik itu apabila dia merasai kebesaran Allah Taala dan keagungannya maka dia menjadi kagum dan lupa akan sekitarnya seperti mana lupanya wanita-wanita yang melihat Yusuf a.s akan pisau dan jari mereka yang luka.

Ketiga: Fana’ daripada Wujud selain Allah. Golongan ini berpendapat bahawa semua yang wujud dalam ‘alam ini tidak benar wujudnya bahkan semua yang wujud ini adalah pantulan daripada wujud Allah dan semuanya adalah Allah dan Allah adalah semuanya. Inilah yang dikatakan sebagai Wehdatul Wujud.

Fana’ jenis yang pertama adalah fana’ yang dipuji dan diterima syarak bahkan inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi s.a.w:

قال الله تعالى : من عادى لي وَلِيّاً ، فقد آذَنتُه بحرب ، وما تقرَّب إليَّ عبدي بشيء أحبَّ إليَّ مِنْ أداءِ ما افترضتُ عليه ، ولا يزال عبدي يتقرَّب إليَّ بالنوافل حتى أُحِبَّهُ ، فإذا أحببتُهُ كُنتُ سمعَه الذي يسمع به ، وبصرَه الذي يبصر به ، ويده التي يبطش بها ، ورجله التي يمشي بها ، وإن سألَني أعْطَيتُه، وإن استَعَاذَ بي أعَذْتُه ، وما تردَّدتُ عن شيء أنا فاعله، تردّدي عن نفس المؤمن، يكره الموت و أنا أكره مَساءَتَه»

Maksudnya: “Allah berkata: ‘Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku telah mengisytiharkan perang ke atasnya, dan tiadalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dia melaksanakan apa yang Aku fardukan atasnya, dan sentiasalah hamba-Ku itu beribadat kepada-Ku dengan amalan sunat sehingga Aku mencintainya, apabila Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang denagnnya ia melihat, tangannya yang dengannya ia memukul, kakinya yang dengannya ia berjalan, jika dia meminta Aku pasti memberi, jika dia berlindung dengan-Ku maka Aku pasti melindunginya, dan tiadalah Aku teragak-agak hendak melakukan suatu perkara seperti teragak-agaknya Aku dengan nyawa orang mukmin, dia tidak suka mati dan Aku pula tidak suka menyakitinya”. [al-Bukhari].

Dan Sabda Nabi s.a.w:

لا يُؤمن أحدُكم حتَّى أكونَ أحبَّ إليه مِنْ والده وولدِهِ والنَّاس أجمعين

Maksudnya: “Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehinggalah aku (Nabi s.a.w) dicintainya melebihi ayahnya, anaknya, dan manusia sekaliannya”. [al-Bukhari, Muslim, al-Nasai].

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda (maksudnya): “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawakan”.

Kata Imamul ‘Arifin Syeikh Abdul Qadir al-Jilani r.h:

" افن عَن الْخلق بِحكم الله ، وَعَن هَوَاك بأَمْره ، وَعَن إرادتك بِفِعْلِهِ ، فَحِينَئِذٍ تصلح أَن تكون وعَاء لعلم الله تَعَالَى "

Maksudnya: “Binasakan (dirimu) daripada makhluk (untuk mentaati) hukum Allah, daripada hawa nafsu kamu untuk (mentaati) perintah-Nya, dan daripada kehendak (peribadimu) untuk mengikut perbuatan (takdir)Nya, maka ketika itu maka sudah sedia untuk menjadi kantung ilmu Allah Taala”. [Futuhul Ghaib].

Inilah Fana sebenar yang dikehendaki oleh para Ulama Tasawuf Ahlis Sunnah wal Jamaah yang merupakan matlamat seorang ahli ibadat iaitu menjadikan dirinya hamba Allah yang sempurna kerana semulia-mulia martabat adalah martabat al-Ubudiah.

Kemuliaan maqam al-Ubudiah (menghambakan diri kepada Allah) terserlah apabila Allah Taala menyeru Rasul-Nya dan Khalil-Nya Muhammad bin Abdullah dengan panggilan ‘Hamba’ pada peristiwa-peristiwa yang besar seperti persitiwa Israk Allah berfirman:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: “Maha Suci Dia yang menjalankan “hamba-Nya” dari Masji al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekitarnya untuk Kami tunjukkan padanya sebahagian ayat-ayat Kami kerana sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha melihat”. [al-Isra’: 1].

Demikian dalam hadis qudsi di atas berkenaan Wali, Allah menggunakan kalimah ‘Abdi (Hamba-Ku) yang semuanya menunjukkan semulia-mulia kedudukan adalah kedudukan kita sebagai Hamba Allah yang setia dan sejati.[2]

Fana’ jenis yang kedua pula,ianya tidak dipuji bahkan warid daripada Salaf mencelanya walaupun mereka yang mengalaminya itu diberi keuzuran jika mereka tidak berbuat-buat.

Mereka yang mengalami keadaan fana’ seperti ini ada antaranya yang akan pengsan, menjerit, bahkan mati dan ada pula yang mengucapkan perkataa-perkataan yang mungkar seperti: “Maha Suci aku!” dan “Tiada di dalam rumah kecuali Allah”, kerana dia telah lupa dan hilang pada pandangannya segala yang ada kerana begitu kagum dengan kebesaran Allah atau kerana terlalu takut kepadanya.

Antara dalil bahawa mereka ini diberi keuzuran adalah hadis sahih di mana Nabi s.a.w menceritakan berkenaan lelaki yang kehilangan unta dan bekalnya di padang pasir sehingga dia yakin akan mati, apabila dia berehat untuk menanti ajalnya tiba-tiba untanya datang kembali, kerana terlalu gembira dan syukur kepada Allah Taala atas kejadian yang tidak disangka-sangka dia mengucapkan: “Ya Allah, Kaulah hambaku dan aku lah Tuhan-Mu!!”.

Keadaan seperti ini tidaklah dipuji kerana ianya tidak berlaku kepada para Salafus Soleh bahkan Nabi s.a.w pada malam Mikraj semasa menyaksikan pelbagai keajaiban dan keagungan Allah, baginda tetap sedar dan jaga, demikian juga Abu Bakr al-Siddiq r.a semasa membenarkan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang begitu ajaib dan hebat, beliau kekal dan sedar.

Tidak diriwayatkan daripada seorang pun Salafus Soleh, ada yang mengalami kejadian aneh semasa membaca al-Quran melebihi mereka menangis teresak-esak dan apabila datang khabar Zurarah bin Abi Aufa r.h yang mati dalam solat selepas membaca firman Allah:

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ

Maksudnya: “Apabila ditiupnya sangka-kala” [al-Muddatsir: 8]

Para Salafus Soleh seperti Asma’ binti Abu Bakr al-Siddiq r.huma dan Abdullah bin Al-Zubar r.hma dan Ibn Sirin r.h mengingkarinya dan menolak tindakan ini. [Majmuk Fatawa: jil 11 m.s 7].

Kata Syeikhul Islam r.h berkenaan Fana’ sebegini:

“Maka ini adalah keadaan yang kurang (tidak sempurna) yang kadang-kadang dialami oleh Salik dan ianya bukan suatu kemestian dalam menempuh jalan Allah.

Oleh kerana itu, ia tidak dikenali berlaku pada Nabi s.a.w dan kaum al-Sabiqun al-Awwalun (Salafus Soleh), barangsiapa yang menjadikannya sebagai kemuncak jalan orang-orang salik maka dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas, barangsiapa yang menjadikannya sebagai suatu kemestian dalam menempuh jalan Allah maka dia telah tersalah...” [Al-Tadmuriah, 70].

Jelas daripada perkataan Syeikhul Islam ini, Tasawuf yang wujud pada hari ini, yang menzahirkan diri mereka menolak Wehdatul Wujud namun menjadikan Fana’ jenis yang kedua ini sebagai suatu kesempurnaan dan matlamat adalah kaum yang sesat dan menyalahi jalan kaum muslimin. Wallahua’lam.

Untuk membuktikan keadaan Fana’ yang kedua ini adalah kurang sempurna adalah mudah, antara perasaan Isteri al-Aziz kepada Yusuf a.s dengan kekaguman wanita-wanita Mesri terhadap ketampanan Yusuf a.s sehingga mereka fana’ memotong jari mereka, maka siapakah yang lebih sempurna cinta dan perasaannya kepada Yusuf a.s? jawabnya sudah pasti Isteri al-Aziz.

Namun, Isteri al-Aziz tidak fana seperti fananya para wanita Mesir, demikian juga antara seorang yang takut kepada sesuatu sehingga terkencing dan pengsan dengan seorang lagi yang juga takut tetapi masih dapat bertindak waras, orang yang kedua ini lebih sempurna daripada orang yang pertama. [Rujuk: Madarij al-Salikin, Ibn al-Qayyim, 1/132].

Maka secara akal pun sudah terbukti bahawa Fana’ jenis yang kedua ini bukanlah suatu kesempurnaan tetapi tanda kelemahan hati dan badan untuk berhadapan dengan sesuatu yang besar.

Adapun Fana’ jenis yang ketiga, iaitulah Wehdatul Wujud yang beranggapan bahawa wujud makhluk itu adalah wujud Tuhan sendiri, maka makhluk adalah Tuhan dan Tuhan adalah makhluk sehingga ada dalam kalangan mereka ini berana berkata[3]:

عَيْنُ مَا تَرَى ذَاتٌ لَا تَرَى وَذَاتٌ لَا تَرَى عَيْنُ مَا تَرَى

Maksudnya: “Zat yang engkau lihat itu adalah sebenarnya zat yang kamu tidak dapat lihat dan Zat yang kamu tidak dapat lihat itulah zat yang kamu lihat”.

Maksudnya semua yang kita nampak di alam ini adalah zat Allah Taala-nauzubillahi minal kufri wal Ilhad-.

Dan kata sebahagian mereka yang lain lagi[4]:

ظَاهِرُهُ خَلْقُهُ وَبَاطِنُهُ حَقُّهُ

Maksudnya: “Zahirnya adalah makhluk, batinnya adalah al-Haq”

Perkataan mereka ini adalah jelas kufurnya dan mereka berakidah seperti ini tidak syak lagi pada kekafirannya dan wajib ditumpahkan darahnya sebagai taqarrub kepada Allah Taala seperti mana yang dilakukan kepada al-Hallaj –laknat Allah atasnya-.

Allah Taala berfirman:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ

Maksudnya: “Telah kafirlah mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah itu adalah al-Masih anak lelaki Maryam...” [al-Maidah: 17].

Jika kaum Nasrani mengatakan bahawa Allah Taala itu adalah Isa a.s dan Isa a.s adalah Allah lantas Allah telah menghukum mereka Kafir dan kekal di neraka jika mati atas akidah ini, maka bagaimana pula dengan orang yang menyatakan Allah adalah segala benda yang wujud di ‘alam ini sama ada babi, monyet, beruk, penzina, sampah dan sebagainya?!!-nauzubillah minal kufri wal Ilhad-.

Akidah ini juga berlawanan dengan fitrah dan akal sehingga pernah berlaku berkata seorang sufi falsafi: “Barangsiapa yang mengatakan ada dalam ‘alam ini selain Allah maka dia telah berdusta”. Lalu berkata seseorang kepadanya: “Yang berdusta itu siapa pula?” (Yakni jika semua yang wujud ini Allah maka siapa yang berdusta itu? Tidak lain tidak bukan Allah yang berdusta menurut kamu) maka terdiamlah si Sufi tadi. [Majmuk Fatawa: 2/305].

Akidah Fana’ yang ketiga ini juga adalah akidah Firaun semasa dia berkata: “Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi”. Allah berfirman:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى (24) فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى (25) إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَى (26)

Maksudnya: Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi" maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, Dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya). [al-Naazi’at: 24-26].

Maka kekufuran kaum Wehdatul Wujud, Hulul, dan Ittihad tidak ada syak padanya lagi dan telah Ijmak kaum muslimin, mereka yang berakidah seperti ini adalah kafir dan halal darahnya. Wallahua’lam.

Kesimpulan:

Kesimpulan yang dapat kita katakan daripada perbahasan ini adalah:

1- Istilah-istilah yang ada dalam Tasawuf sebahagiannya benar dan berasal daripada syarak dan ada juga istilah-istilah yang muncul terkemudian yang samar-samar maknanya.

2- Menjauhi istilah-istilah ini adalah lebih baik dan utama sepertimana mana juga istilah-istilah dalam akidah yang tiada di zaman Salafus Soleh seperti Jisim, ‘Aradh, Jauhar, dan lain-lain. Dalam berinteraksi dengan lafaz-lafaz mujmal ini hendaklah merujuk kepada makna yang dikehendaki sebelum menerima atau menolaknya.

3- Al-Fana’ mempunyai makna yang benar dan diterima iaitu menrealisasikan Tauhid al-Uluhiyah dan Maqam Ubudiah, ada juga makna yang ditolak iaitu Hulul dan Ittihad yang membawa kepada akidah Wehdatul Wujud.

4- Al-Fana’ yang berlegar dalam kalangan Sufi mutaakhir dengan erti lenyap daripada menyaksikan selain Allah perlu kepada tafsil (perincian) dan ianya bukanlah suatu keadaan yang dipuji tetapi diberi kemaafan kepada pelakunya.

5- Tasawuf yang wujud pada hari ini walaupun mereka sebahagiannya menolak Wehdatul wujud tetapi menjadikan Fana’ Syuhud sebagai matlamat dan kelaziman tariqat maka mereka ini juga sesat daripada jalan kebenaran.

6- Tasawuf yang tergambar dalam bentuk tariqat-tariqat Sufi yang wujud pada hari ini bukanlah Tasawuf Islam yang sebenar tetapi Akidah Falsafah yang dipakaikan baju Islam, adapun Tasawuf Islam yang sebenar berada pada dakwah salafiah yang benderanya dihidupkan semula oleh Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 Hijrah yang digelar orang hari ini Wahhabi.

7- Maka mereka yang hendak mencari Tasawuf yang sebenar hendaklah mengikut ajaran yang disebut Wahhabi ini kerana inilah sebenarnya ajaran Islam tulen yang berpandukan Sunnah Rasulullah s.a.w.



[1] Alim Salafi, Faqih Syafii, anak murid Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h, wafat: 767 H

[2] Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan: Ahlul Haq (Ahlus Sunnah wal Jamaah) berpandangan Fana itu adalah mentahkik Tauhid Rububiyah yakni berkeyakinan penuh yang mencipta dan mentadbir ‘alam ini hanyalah Allah jua, dan Fana dalam Tauhid Uluhiyah iaitulah mentakik Ubudiah hanya kepada Allah jua. [Lihat Madarij al-Salikin].

[3] Yakni Ibn Sab’in- Laknatullahi ‘alaih-

[4] Iaitulah Ibn Arabi – atasnya sebesar-besar laknat Allah-

Saturday, May 16, 2009

TASAWUF DI BAWAH LEMBAYUNG HINDU DAN FARSI

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Tasawuf sebagaimana yang kita sebutkan sebelum ini merupakan ajaran Zuhud yang berkembang menjadi satu disiplin ilmu tersendiri hasil pengaruh isme-isme luar dan telah kita sebutkan betapa ajaran Tasawuf terpengaruh dengan kuat dan jelas dengan ajaran Nasrani sehingga dapat dikatakan bahawa Tasawuf umpama titisan nila oleh kaum Nasrani ke dalam ajaran Islam yang suci dan putih bagaikan susu ini.
Perlu kita ingat juga bahawa ajaran Nasrani sendiri merupakan ajaran Tauhid yang menyeleweng disebabkan pengaruh luar hasil campur aduk pemikiran agama-agama Wasaniah (berhala) terutama Hindu dan Mithra yang jelas dalam akidah Triniti yang menjadi dogma utama ajaran kufur ini.
Maka apabila Tasawuf itu dipengaruhi oleh Nasrani secara otomatis juga akan dipengaruhi oleh segala ajaran yang bercampur aduk dalam akidah Nasrani itu terutama ajaran Hindu dan falsafah-falsafah farsi. Selain itu, pengaruh falsafah farsi ini dapat diketahui dengan mudah melalui tempat lahir ajaran ini iaitu Iraq yang merupakan bekas jajahan Farsi dan tempat bertembungnya budaya Islam dan Farsi ketika itu.
Dr. Abdul Fattah Ahmad al-Fawi berkata: “Pengkaji Taswuf akan menemui banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang mungkin menjadi sumber kepada tasawuf Islami, sebagaimana ia akan menjumpai di dalam kuil-kuil Hindu, rumah-rumah ibadat Yahudi, gereja-gereja Krsitian, dan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam Madrasah Iskandariah, unsur-unsur yang boleh menjadi sumber kepada Tasawuf. Lebih-lebih lagi kebanyakan ahli Tasawuf terdiri daripada orang-orang Islam yang berasal dari keturunan dan kebudayaan bukan Arab”. [Akidah & Suluk dalam Tasawuf, m.s 39, terj. Basri Ibrahim].
Tokoh-tokoh Awal Sufi seperti Sayyid al-Taifah al-Junaid al-Baghdadi, Abu Yazid al-Bustami, Ibrahim bin Adham, dan al-Hallaj misalnya berasal daripada Farsi sementera tokoh mereka seperti Bisyr al-Hafi, al-Syibli, al-Balkhi, dan Hatim al-Asam berasal daripada Khurasan. [Ibid].
Demikian juga jika kaji istilah-istilah yang digunakan kaum Sufi tidak lari daripada pengaruh ajaran berhala Hindu dan Farsi. Sebagai contoh, dalam Tariqat Naqsyabandiah terdapat 8 perkara asas ajaran Naqsyabandi yang semuanya disebut dalam bahasa Farsi iaitu:
1- Hush Dardam
2- Nazar Bar Qadam
3- Safar Dar Watan
4- Khalwat Dar Anjuman
5- Yad Kard
6- Baz Kasht
7- Nikah Dasht
8- Yad Dasht
Pengaruh Falsafah Farsi terhadap ajaran Tasawuf juga terserlah dalam penyebaran tariqat-tariqat Sufi yang bermula di bumi Persia (Farsi) atau Iran sekarang. Orang pertama yang menulis dan menyusun berkenaan jalan pentarbiahan Tariqat Sufiah adalah Ahmad Muhammad al-Muhaimi yang wafat pada 430H, seorang Ahli Sufi Iran (Persia/Farsi). [Akidah & Suluk dalam Tasawuf, 491].
Adapun pengaruh ajaran Hindu lebih menyerlah lagi berbanding dengan falsafah Parsi tadi kerana ajaran Hindu merupakan wajah Tasawuf yang utama selepas Nasrani. Maksud ajaran Hindu di sini adalah Adyan al-Hindil Kubra (Agama-agama Besar Hindu) iaitu Brahman, Budha, dan Jiniah.
Sebagai permulaan mari kita lihat kisah hidup tokoh ulung Sufi, Ibrahim bin Adham kemudian kita bandingkan dengan sejarah hidup Budha:
Berkata Ibrahim bin Adham: “Adalah ayahku daripada Balkh dan merupakan salah seorang Raja yang memerintah di Khurasan dan merupakan orang yang mewah. Dia menggalakkan kami berburu, maka pada suatu hari aku keluar berburu menunggang kudaku dan membawa anjing berburuku. Tiba-tiba seekor arnab atau musang telah melintas lalu kudaku mejadi tidak tentu arah dan tiba-tiba juga aku mendengar suara berkata daripada arah belakang: ‘Bukanlah untuk ini kamu diciptakan dan bukan ini juga yang kamu diperintahkan!’. Aku melihat ke kiri dan kananku namun tiada sesiapa dan aku berkata: ‘Laknat Allah atas Iblis’. Kemudian kudaku bergerak lagi dan aku mendengar suara yang lagi kuat: ‘Wahai Ibrahim, bukan untuk ini kamu diciptakan dan bukan ini yang kamu diperintahkan!’. Aku melihat ke kiri dan kanan tiada juga apa-apa dan aku berkata: ‘:Laknat Allah atas Iblis’. Kemudian kudaku bergerak lagi dan aku mendengar suara daripada pelana kudaku: ‘Wahai Ibrahim, bukan untuk ini kau diciptakan dan bukan ini yang kau diperintahkan!’. Lalu aku terhenti sejenak dan menyedari bahawa aku telah diberi peringatan oleh utusan Tuhan sekalian alam. Demi Allah, aku tidak menderhaka kepada Allah sama sekali selepas ini. Kemudian aku pulang kepada keluargaku dan aku turun daripada kudaku dan berjumpa dengan petani yang bekerja untuk ayahku. Aku mengambil daripada dia Jubah dan pakaian dan aku beri kepadanya pakaian ku [dalam riwayat lain: aku mengambil jubah suf daripadanya dan aku berikan kudaku dan segala apa yang ada padaku kepadanya], Kemudian aku pergi ke Iraq negeri yang akan mengangkat atau menghinaku, setiba di sana aku bekerja selama beberapa hari namun aku dapati susah mendapat rezeki yang halal lalu aku meminta nasihat daripada Syeikh-syeikh dan mereka menasihatku untuk pergi ke Syam. Di Syam aku bekerja beberapa hari masih aku dapati susah hendak mendapat rezeki yang halal. Aku meminta nasihat daripada para Syeikh dan mereka menyuruhku ke Tarsus. Di Tarsus aku bekerja sebagai penjaga kebun dan pemburu haiwan. Pada suatu hari tuan kebun itu datang bersama Khadamnya dan beberapa orang lagi dan meminta aku membawa buah delima yang paling besar dan paling baik. Setelah aku berikan kepada mereka, didapati buah delima itu masam lalu mereka berkata: ‘Bukankah kamu duduk di kebun kami ini dan memakan buah-buahnya, masihkah kamu tidak tahu mana yang manis dan mana yang masam?’ Jawabku: ‘Aku demi Allah tidak pernah makan buah-buahan kamu dan tidak aku tahu mana yang manis dan mana yang masam.’ Tuan kebun tadi berkata: ‘Adakah kamu sangka kamu ini Ibrahim bin Adham?’. Pada kesokan hari dia menceritakan berkenaanku di Masjid lalu ada orang yang mengenaliku. Lalu datanglah khadamnya bersama beebrapa orang dan aku bersegera menyembunyikan diri di belakang pokok, ketika mereka sedang masuk ke masjid aku bersembunyi di celah-celah mereka lalu aku melarikan diri. Demikianlah aku keluar dari Tarsus datang ke negeri Rimal”. [Hilyatul Auliya’, 3/331].
Dalam Tabaqat al-Sufiah menyatakan bahawa dia keluar daripada Balkh menuju ke Mekah, di perjalanan dia telah bertemu dengan Nabi Daud a.s yang mengajarnya Ism al-A’zam, kemudian bertemu pula dengan Khidir a.s. [Tabaqat al-Sufiah, Abdul Rahman al-Salmi, 1/27].
Dalam Tazkiratul Auliya’, terdapat riwayat tambahan bahawa sebelum dia mendengar suara ketika berburu, dia telah mendengar suara yang menyerunya di waktu malam dari atas bumbung demikian juga dia didatangi seorang lelaki ganjil di istana iaitu menurut dakwaan sufi adalah Khidir a.s. Ibrahim bin Adham juga ketika keluar daripada Balkh mempunyai anak yang masih menyusu dan isteri. Ibrahim juga telah berkhalwat dalam gua selama 9 tahun dan dalam keadaan dia berlapar menuju ke Mekah, Iblis telah mengganggunya dan menggoda supaya dia kembali kepada kehidupan mewahnya. [al-Tasawuf: al-Mansya’ wal Masdar, Ihsan Ilahi Zahir].
Demikian kisah Ibrahim bin Adham yang penuh dengan kesalahan-kesalahn daripada segi syariat terutama meninggalkan anak isteri sedangkan Islam melarang keras perbuatan hidup membujang dan meninggalkan tanggungjawab sebagai suami sebagaimana hadis daripada Anas r.a kata beliau: “Sebahagian Sahabat Nabi s.a.w bertanya kepada Ister-isteri Rasulullah s.a.w berkenaan amalan baginda di rumah, kemudian salah seorang mereka berkata: ‘Aku tidak akan berkahwin (kerana hendak beribadat)’, seorang lagi berkata: ‘Aku tidak akan makan daging’, seorang lagi berkata: ‘Aku tidak akan tidur (berjaga sepanjang malam bertahajjud)’. Lalu Rasulullah s.a.w setelah mengetahui hal tersebut, bertahmid kepada Allah dan memujiNya lalu bersanda: “Apa kena dengan satu kumpulan itu berkata begitu dan begini?, adapun aku, aku bersolat (malam) dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku maka dia bukan daripada (umat)ku”. [Muslim].
Anas r.a juga memberitahu bahawa Nabi s.a.w menyuruh para Sahabat baginda berkelamin (yakni berkahwin dan melakukan hubungan seks yang halal) dan melarang keras daripada hidup membujang serta baginda bersabda: “Kahwinlah wanita yang sangat mencintai kamu dan boleh melahirkan ramai anak kerana aku akan berbanggas dengan para Nabi yang lain kerana banyaknya umatku”. [al-Tabrani dalam Awsat dan Ahmad].
Demikian juga bukanlah daripada ajaran Islam membuang harta dan menolak dunia bahkan Nabi s.a.w melarang Saad bin Abi al-Waqqas r.a daripada mensedekahkan semua hartanya bahkan baginda berkata apabila Saad hendak mewasiatkan sepertiga hartanya untuk sedekah: “Sepertiga itu pun masih banyak, jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka miskin melarat meminta-minta kepada manusia, sesungguhnya jika kamu menafkahkan apa sahaja harta kamu sehingga satu suap yang kamu suap ke mulut isteri kamu itu adalah sedekah dan mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kamu sehingga kamu memberi manfaat kepada sebehagian manusia (yakni kaum muslimin) dan memudaratkan sebahagian yang lain (yakni kaum Farsi yang diperangi Saad dalam perang Qadisiah di zaman Umar r.a)”, sedangkan Saad ketika itu hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja”.[al-Bukhari & Muslim].
Maka telah jelas bahawa Ibrahim bin Adham dalam riwayat hidupnya menjadi sufi bukanlah Rasulullah s.a.w yang menjadi ikutannya, tidak juga para Sahabat r.a, tidak juga Tabiin, dan tidak juga Tabi Tabiin. Hanya satu tokoh sahaja yang mempunyai kisah yang sama sepetinya yang boleh dia jadikan contoh iaitulah Gautama Budha. Berikut kisahnya:
“Budha dilahirkan sebagai anak raja yang hidup dalam kemewahan, bapanya daripada raja kerajaan Magadha di Nepal. Namun, Budha sangat tersiksa melihat kehidupan manusia yang penuh dengan kepayahan dan kejerihan mengharungi kesakitan, usia tua, dan kematian.
Kemudian Budhha melihat pula kehidpan sesetengah kaum Zuhud Hindu yang dilihatnya tenang sahaja walaupun dia miskin dan hidup melarat. Inilah alamat yang pernah disebut oleh tukang ramal kepada ayahnya bahawa jika dia melihat empat perkara maka anak raja ini akan menjadi Buddha (gelaran kaum pertapa seperti istilah Sufi juga) iaitu orang sakit, orang tua, orang mati, dan orang pertapa.
Pada usia 29 tahun, Buddha mendapat anak, namun dia bersedih kerana pada angganpannya anaknya ini menambah lagi ikatannya dengan dunia. Lalu pada sebelah malamnya dia keluar meninggalkan anak isterinya yang masih nyenyak tidur. Dia mengembara mencari ketenangan jiwa sehingga dia bertapa di bawah pokok Bodi di mana dia mencapai Nirvana (Fana’/Lebur dalam Zat Tuhan menurut istilah Sufi).
Dalam perjalanan Budha itu juga budah terserempak dengan Marna iaitu Iblis yang menggoda Budha supaya kembali kepada kehidupan mewah sebagai anak raja, namun dia berjaya mengalahkan godaan Iblis itu.” [al-Taswwuf: al-Mansya’ wal Masdar, Ihsan Ilahi Zahir, http://www.serve.com/cmtan/LifeBuddha/buddha.htm , http://id.wikipedia.org/wiki/Gautama_Buddha#Orang_tua ]
Demikianlah betapa hampirnya hikayat Buddha dengan hikayat Ibrahim bin Adham seolah-olah cerita Ibrahim bin Adham ini adalah cerita Buddha yang di-Islamkan. Jelas sekali betapa kuatnya ikatan ajaran Sufi dengan ajaran agama Buddha. Bukan semata-mata kerana persamaan riwayat hidup dua tokohnya tetapi kerana persamaan misi dua ajaran ini iaitu melepaskan diri daripada alam Fana’ menuju alam Baqa’ melalui Fana’ atau Lebur diri dalam Zat Ilahi.
Dimaklumi bahawa kehidupan Rahib Nasrani yang tidak berkahwin adalah diambil daripada akidah Hindu dan Buddha juga. Ajaran Nasrani sendiri terpengaruh dengan jelas dengan Buddha kerana menurut Buddha, Gautama Budhha adalah anak Tuhan yang diturunkan ke dunia untuk melepaskan manusia daripada kesengasaraan demikian juga al-Masih menurut Nasrani adalah Anak Allah yang diturunkan untuk membebaskan mereka daripada dosa warisan (Original Sin).
Maka apabila telah sabit ajaran Sufi itu hasil ajaran Nasrani maka secara otomatis ia juga merupakan campuran agama-agama Hindu.
Agama Buddha menyeru kepada kecintaan dan toleransi (yakni menghapuskan al-Wala’ wal Bara’), berdekah kepada kaum faqir, meninggalkan kekayaan, meninggalkan kesengan dunia, menyeksa diri dengan berlapar dahaga, dan menjauhi perkahwinan. [al-Mausuah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Muasarah]
Demikian juga ajaran ini terdapat dalam Agama Brahman (Agama Hindu yang paling Utama) di mana mereka yang masih berada pada peringkat Tolib (penuntut) atau istilah mereka Brahma Jaria Ashram, seseorang itu dilarang berkahwin dan jika berkahwin hendaklah dia menjauhi isterinya yakni tidak melakukan hubungan seks. [Dirasat fil Yahudiah wal Masihiah wa Adyan al-Hind, Dr. Dhiyaur Rahman al-A’zami, m.s 584].
Ibrahim bin Adham telah mengambil akidah ini dan berkata:
من تعوّد أفخاذ النساء لم يفلح
Maksudnya: “Sesiapa yang selalu bermain dengan peha wanita (hubungan seks dengan isteri) dia tidak akan berjaya” [Qutul Qulub, Abu Tolib al-Makki, 2/210]
Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang meletakkan Seks antara suami isteri sebagai Ibadah sepertimana dalam hadis:
عَنْ أَبِى ذَرٍّ أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالُوا لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ. قَالَ « أَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِى أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ « أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ ».
Maksudnya: Daripada Abu Zarr r.a bahawa sekumpulan manusia daripada Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berkata kepada Nabi s.a.w: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memperoleh pahala yang lebih kerana mereka bersolat seperti kami bersolat, berpuasa seperti kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka”. Kata Rasulullah s.a.w: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu bahagian untuk kamu bersedekah, sesungguhnya setiap tasbih yang kamu sebut adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran adalah sedekah, dan pada kemaluan kamu juga sedekah”. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kami mendatangi syahwat kami lalu kami diberi pahala?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Bukankah jika kamu meletakkan kemaluan kamu di tempat yang haram (berzina) adakah kamu berdosa maka demikian juga jika kamu meletakkannya di tempat yang halal bagi kamu pahala”. [Muslim & Ahmad].
Para Fuqaha Islam sangat menitik beratkan berkaitan hubungan seks suami isteri ini sehingga ada di antara mereka yang berpandangan wajib suami isteri itu melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali selepas setiap kali si Isteri suci daripada haid.
Allah Taala telah meletakkan hubungan jenis antara suami isteri sebagai lambang dan tanda kekuasaanNya sebagaimana dalam surah al-Rum ayat 21:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, Bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Saidina Ibn Abbas r.a, al-Hasan r.a, dan Mujahid r.h mentafsirkan makna al-Mawaddah dalam ayat ini sebagai Jimak (Seks) dan al-Rahmah seabagai anak-anak. Demikianlah Islam memandang tinggi hubungan mesra suami isteri ini namun ajaran Tasawuf yang sangat membenci Islam itu telah menghina ibadah yang sangat mulia ini.
Abu Nasr al-Siraj al-Tusi dalam kitabnya al-Luma’ meriwayatkan bahawa Abu Ahmad al-Qalanisi berkahwin selama 30 tahun tidak menyentuh isterinya. [al-Luma’ fi al-Tasawuf, 199].
Abu Sulaiman al-Darani menyatakan: “Tiga perkara yang jika seseorang lakukan maka dia telah cenderung kepada dunia: Mencari rezeki, berkahwin, dan menulis hadis”. [Ihya’ Uludmuddin, 1/379].
Pernyataan ini menunjukkan bahawa kaum sufi juga membenci untuk menuntut ilmu hadis dan ini merupakan sesuatu yang sangat bahaya.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat pernyataan daripada kaum sufi ini yang menunjukkan mereka menggalakkan perkahwinan seperti kata al-Junaid al-Baghdadi: “Aku memerlukan Jimak seperti aku memerlukan makan”. [Qutul Qulub, 2/221].
Perumpamaan al-Junaid ini perlu difahami pula pandangan beliau berkenaan makan itu sendiri. Kaum Sufi itu adalah kaum yang kurang makan dan mereka suka berlapar. Al-Junaid berkata: “Tidak lah kami ambil Tasawuf ini daripada perkataan itu dan ini tetapi kami mengambilnya daripada berlapar, meninggalkan dunia, dan meninggalkan kebiasaan manusia”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 14/69].
Demikian juga sebahagian mereka melarang perkahwinan kepada para murid yang berada di peringkat mubtadi (permulaan) dan dibenarkan berkahwin setelah itu. Ini adalah akidah Hindu yang 100% tanpa syak lagi sebagaimana yang kami terangkan sebelum ini.
Abu Sulaiman al-Darani juga berkata: “Aku tidak melihat seorang pun daripada kaum kami yang berkahwin lalu dia terus kekal dalam martabatnya yang pertama”. [Ihya’ Ulumuddin, 1/379].
Demikian juga kaum Sufi mempunyai ritual yang dikatakan sebagai ‘Berlapar’. Ritual berlapar ini dikenakan kepada setiap murid mubtadi dan ini jelas daripada akidah Hindu berdasarkan kenyataan dalam Kitab Manu, Bab ke-2, 177-182: “Diharamkan kepada murid meminum arak, memakan daging, memakai wangian, mendekati wanita...” [Dirasat fil Yahudiah wal Masihiah wa Adyan al-Hind, 584].
Abu Tolib al-Makki menyatakan terdapat empat perkara yang dapat membantu murid melaksanakan pembersihan hati iaitu: Berlpar, berjaga malam, berdiam diri (tidak bercakap), dan bersunyian diri (Khalwat/Uzlah). [Qutul Qulub, 1/132]. Abu Talib juga menyatakan susunan makanan bagi seorang murid: “Sesiapa yang hendak mengikut jalan ini maka hendaklah dia mengurangkan setiap kali makan ¼ roti kepada 1/7 maka dengan itu dia tidak makan sebiji roti penuh selama sebulan secara beransur-ansur”. [Qutul Qulub, 2/109].
Ukuran tahap lapar seseorang pula menurut Abu Tolib adalah jika menurut waktu dapat diukur dalam masa 24 jam ke 72 jam. Dapat juga diukur jika kamu dapat makan roti tanpa kuah (kerana terlalu lapar) atau sehingga kamu sangat berkehendak kepada roti sehingga semua benda kelihatan seperti roti kepada kamu. Makan sehingga kenyang pula menurut sebagian Ulama Tasawuf adalah fasiq sehingga ada orang Sufi yang diberitahu anaknya makan sehingga kekenyangan lalu dia berkata: Jika anakku mati dalam keadaan itu aku tidak akan mensolatkan jenazahnya. Adapun berpuasa pula menurut mereka bukanlah jalan penyelesaian terhadap usaha membersihkan jiwa kerana seseorang itu akan bersyahwat semual ketika berbuka. [Qutul Qulub, 2/109].
Kaum Sufi juga ada yang diriwayatkan berlapar selama berhari-hari bahkan berbulan-bulan dan apabila mereka makan, mereka makan sesuatu yang bukan makanan seperti jerami gandum sebagaimana yang diriwayatkan daripada Sahl dan Zun Nun al-Msiri. [Akidah & Suluk dalam Tasawuf, 387].
Demikian juga mereka enggan memakan daging sebagaimana Imam Ibn al-Jauzi r.h menyatakan bahawa kaum Sufi berkata: “Makan daging sebanyak satu dirham itu mengeraskan hati selama 40 hari”. Ada antara mereka yang hanya minum air sejuk, ada pula yang hanya minum air panas, dan Abu Yazid al-Bustami pula tidak memakan makanan manusia biasa selama 40 tahun. [Talbis Iblis, m.s 259].
Amalan berlapar ini amat jelas diambil daripada agama Hindu (Adyan al-Hindi al-Kubra) kerana semua ajaran Hindu sama ada Brahman, Buddha, dan Jiniah meletakkan berlapar sebagai jalan mencapai kesucian jiwa.
Akidah Hindu meletakkan bahawa berpuasa dalam mafhum agama hindu adalah berlapar dengan tidak makan selama beberapa hari atau hanya makan makanan tertentu tanpa jenis yang lain atau makan hanya pada satu waktu sahaja dalam sehari seperti malam sahaja atau tengah hari sahaja dan seumpamanya tidak saling tumpah seperti ritual berlapar Sufi yang kami jelaskan. [Dirasat fil Yahudiah wal Masihiah wa Adyanil Hind, 604].
Cukuplah dalil bahawa amalan ini bukan daripada Islam hadis yang sahih dikeluarkan Imam al-Bukhari, Muslim, dan lainnya yang telah kami sebutkan di atas dan akan kami ulang sekali lagi kerana pentingnya, daripada Saidina Anas bin Malik r.a kata beliau:
جاء ثلاث رهط إلى بيوت أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه و سلم فلما أخبروا كأنهم تقالوها فقالوا أين نحن من النبي صلى الله عليه و سلم ؟ قد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر قال أحدهم أما أنا فإني أصلي الليل أبدا وقال آخر أنا أصوم الدهر ولا أفطر وقال آخر أنا أعتزل النساء فلا أتزوج أبدا فجاء رسول الله صلى الله عليه و سلم فقال ( أنتم الذين قلتم كذا وكذا ؟ أما والله أتي لأخشاكم لله وأتقاكم له لكني أصوم وأفطر وأصلي وأرقد وأتزوج النساء فمن رغب عن سنتي فليس مني
Maksudnya: “Telah datang 3 orang Sahabat ke rumah Isteri Nabi s.a.w bertanya berkenaan ibadah Nabi s.a.w namun setelah diceritakan kepada mereka, mereka seolah-olah berasa terlalu sedikit lalu berkata: ‘Di manakah kedudukan kita jika hendak dibandingkan dengan Nabi s.a.w? Allah telah ampunkan dosa baginda yang lalu dan akan datang’. Berkata salah seorang mereka: ‘Adapun aku, akan sentiasa bersolat malam selama-lamanya’. Berkata seorang lagi: ‘Aku akan berpuasa dan tidak akan berbuka’, dan berkata seorang lagi: ‘Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin’. Lalu datanglah Rasulullah s.a.w lalu bersabda: “Kamu kah yang berkata demikian dan demikian? Adapun demi Allah, sesungguhnya aku adalah yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa dalam kalangan kamu tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur, dan aku berkahwin, maka sesiapa yang enggan mengikut sunnahku maka dia bukan daripada (umat) ku”.
Hadis ini merupakan kata pemutus bahawa ibadat kaum Sufi adalah ibadat yang bidaah dan tidak ada bidaah hasanah dalam agama Islam yang mulia ini. Jelas sekali bahawa Nabi s.a.w tidak merestui tindakan sahabat-sahabat baginda memilih jalan hidup ‘Tasawwuf’ ini kerana yang baginda ajar adalah Zuhud (beserdehana) bukan Tasawwuf (melampau dalam beribadat).
Kemuncak persamaan Tasawuf dan Agama Hindu adalah akidah al-Fana’ atau lebur yang sama sekali dengan akidah Hindu, Nirvana. Semua rahib, pendeta, dan sami Hindu berjuang untuk menuju Nirvana di mana mereka akan bersatu dengan Tuhan.
Nirvana menurut ajaran Buddha adalah pembebasan diri daripada belenggu-belenggu kesusahan hidup dan mencapai kebersihan ruh, melepaskan diri daripada belenggu ubudiah dan kelazatan dan terpancarnya cahaya makrifat melalaui penyeksaan diri, melawan kehendak nafsu, disamping berusaha memberikan tumpuan dan fokus jiwa. [al-Mausuah al-Muyassarah lil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Muasarah].
Al-Fana pula daripada segi takrif akhlaknya seperti mana kata al-Qusyairi: ‘Gugurnya sifat-sifat tercela’ dan mencapai al-Baqa’ iaitu bersifat dengan sifat-sifat terpuji. Jalan untuk mencapai al-Fana’ sebagaimana kita jelaskan tadi adalah berlapar, diam, uzlah, dan sebagainya daripada bentuk penyeksaan diri. Maka tidak lari sama sekali konsep Nirvana dalam agama Buddha dengan al-Fana dalam Tasawuf. [al-Risalah al-Qusyairiah, 1/36].
Adapun konsep al-Fana’ yang lebih mendalam sama sekali dengan konsep Nirvana dalam ajaran Hindu Brahma iaitu: “Selamatnya ruh daripada bertanasukh dan kembali bersatu dengan asalnya yakni Tuhan (Brahma)”. [Dirasat fil Yahudiah wal Masihiah wa Adyanil Hind, 630].
Adapun dalam akidah Sufi, al-Fana’ adalah: Tenggelam atau hilangnya perasaan wujud daripada diri seorang Sufi sehingga dia tidak sedar lagi akan kewujudannya dan hanya yang dia nampak dan rasa adalah Wujud Allah semata-mata. Ketika Fana ini, Allah akan menjelam (Tajalli) kepada si Sufi tadi sehingga dia tenggelam daripada perasaan dunia dan akhirat dan Fana ini boleh berlaku pada perbuatan sehingga dia tidak melihat ada pelaku atau pembuat kecuali Allah [Akidah Jabariah], Fana daripada Sifat sehingga dia melihat tidak ada yang mendengar, melihat, berkata-kata, dan berkuasa kecuali Allah, Fana daripada Zat sehingga dia tidak merasakan di sana ada zat kecuali zat Allah. [Rujuk: al-Risalah al-Qusyairiah, 1/36, Ma’arij al-Tasyawwuf , Ibn Ajibah, m.s 59, Ihya’ Ulumuddin, al-Ghazali, 3/337].
Mereka yang mengalami Fana ini akan mengucapkan kalimah-kalimah yang pada kaum zahir adalah kufur tetapi kepada kaum batin (Sufi) adalah Iman dan Tauhid seperti perkataan Abu Yazid al-Bustami: “Maha Suci Aku! Maha Agung Aku!” “Aku adalah Lauh Mahfuz!” dan seumpamanya. [Talbis Iblis, 417-418].
Al-Junaid al-Baghdadi ketika ditanya berkenaan ucapan Abu Yazid ini dia lantas menerangkan makna al-Fana’: “Sesungguhnya seseorang itu terbinasa dalam keadaan dia melihat al-Jalal (Allah), maka dia bercakap dengan apa yang membinasakannya, al-Haq (Allah) telah melalaikannya dengan penglihatnnya kepadaNya maka dia tidak melihat kecuali al-Haq maka dia menyifatkanNya”. Kata Imam al-Jauzi: Ini adalah (akidah) Khurafat. [Talbis Iblis, 417].
Hasil ucapan al-Junaid yang digelar Sayyid al-Taifah (Penghulu Kaum Sufi) menjelaskan bahawa semua orang sufi mempercayai akidah al-Fana tetapi kebanyakan mereka menyembunyikan akidah ini dan mencela mereka yang menzahirkannya. Hal ini kita akan bicarakan dalam tajuknya yang tersendiri insya-Allah.
Akidah al-Fana’ ini membawa kepada akidah kaum Sufi boleh melihat Allah Taala dalam keadaan sedar, bukan sekadar melihat Tajalli Jamal Allah dalam mimpi bahkan melihat juga dalam sedar. Ini adalah akidah batil kerana ketika Allah Taala mentajalli cahayaNya kepada bukit, berkecai bukit itu dan Nabi Musa a.s, salah seorang Rasul Ulul Azmi, pengsan dan tidak dapat melihat Allah, maka bagaimana si Sufi yang miskin akidah ini dapat melihat Allah?! [Rujuk perbahasan mengenai melihat Allah Taala di: http://mashoori.wordpress.com ]
Maka secara ringkasnya akidah Fana ini membawa kepada akidah Ittihad yakni bersatunya jiwa makhluk yang suci dengan zat Tuhan yang Maha Luhur setelah jiwa manusia ini melalui proses pembersihan yang pelbagai. Demikianlah jelas sekali pengaruh akidah Buddah dan Brahman terhadap ajaran Tasawuf ini. Wallahua’lam.